Thailand lapor 4,704 kes baharu

BANGKOK 5 Dis. – Selepas merekodkan 5,896 kes semalam, Thailand hari ini mencatatkan 4,704 kes baharu serta 27 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 2,141,241 kes dan 20,944 kematian

Sebanyak 4,696 kes jangkitan tempatan manakala lapan lagi kes import.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, Bangkok mendahului dengan merekodkan 781 kes di samping tujuh wilayah lain iaitu Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Surat Thani dan Yala.

Semalam, 6,149 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 2,048,815 kes

Chon Buri dan Ayutthaya merekodkan kes kematian tertinggi iaitu masing-masing tiga kes manakala bakinya di 18 wilayah lain.

Semalam 71,482 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 1,263 pesakit serius dan 328 yang bergantung kepada bantuan pernafasan.

Sementara itu, setakat tengah hari ini, 95,261,358 dos sudah diberikan yang meliputi 68 peratus daripada penduduk mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Related posts

Leave a Comment