KUCHING 5 Dis. – Hanya satu kerusi ! Itu keputusan Pas sekali gus menjawab teka teki mengenai jumlah kerusi yang akan ditandingi parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Calon tunggal Pas itu diletakkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro. Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu akan bertanding kurang daripada 11 kerusi, dan penyertaan pada PRN Sarawak kali ini dijadikan sebagai kayu pengukur gerak kerja parti tersebut di negeri berkenaan. Manakala Penolong Setiausaha Pas Sarawak, Syamsul…
Read MoreCategory: SEMASA
Ujian Covid-19 sebelum ke England
LONDON: Bermula Selasa ini, semua pelancong ke England diwajibkan menjalani ujian Covid-19 sekurang-kurangnya 48 jam sebelum menaiki penerbangan. Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid berkata peraturan baharu itu akan dikenakan mulai pukul 4 pagi Selasa ini. Javid juga memaklumkan Nigeria dimasukkan ke dalam “senarai merah” pelancongan UK yang melarang kemasukan warganegara berkenaan kecuali penerbangan yang membawa penduduk UK dan Ireland. Warga UK dan Ireland yang tiba dari Nigeria diwajibkan mengasingkan diri di kemudahan kuarantin yang ditetapkan. Beliau berkata terdapat sebilangan besar kes Omicron yang dikaitkan dengan perjalanan dengan Nigeria dengan 27 kes…
Read MoreSabbaruddin ‘sifu’ politik
PUTRAJAYA 5 Dis. – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Allahyarham Sabbaruddin Chik sebagai ‘sifu’ dan mentor politik baginya. Malah, figura itu juga dianggap sebahagian daripada episod penting dalam sejarah perjuangannya dalam dunia politik. “Ketika saya berusia 27 tahun, Allahyarham telah melantik saya sebagai ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh pada tahun 1987, sebelum dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Temerloh beberapa bulan selepas itu. Pada tahun 1995, saya memulakan karier politik dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Allahyarham. “Ketika itulah, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang saya peroleh berkat…
Read MoreBerita pilihan…
97 peratus dewasa lengkap dos
PUTRAJAYA 5 Dis. – Sebanyak 97 peratus atau 22,718,376 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.4 peratus atau 23,046,859 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sehingga semalam juga, sebanyak 77.9 peratus atau 25,438,880 individu daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 manakala 79.2 peratus atau 25,876,761 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,720,504 individu atau 86.4 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 89.9 peratus atau 2,829,902 menerima satu dos. Bagi dos penggalak, sebanyak 20.8 peratus atau 2,905,809 telah mendapatkan suntikan itu. Sementara itu,…
Read More36 lagi kematian Covid-19
PUTRAJAYA 5 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,574 orang, daripada 2.64 juta kes positif yang dikesan. Menurut data di portal COVIDNOW, lapan daripada 36 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu yang terpaksa melalui proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut. Sementara itu, terdapat 62,668 kes aktif Covid-19 di seluruh…
Read More743 kes baharu di Singapura
SINGAPURA 4 Dis. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 743 kes baharu Covid-19 dan dua kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 268,659 kes dan 746 kematian. Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 766 kes yang direkodkan semalam. Sebanyak 707 kes baharu dalam masyarakat, 12 kes import, dan 24 kes baharu di asrama pekerja asing. Bagi kes kematian pula, kedua-dua pesakit yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. Seramai 1,521 pesakit dibenarkan pulang dengan 226 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Sementara itu sebanyak…
Read MoreBrunei Darussalam catat 22 kes baharu
BERAKAS 4 Dis. – Brunei Darussalam merekodkan 22 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 15,164. Menteri Kesihatan, Dr. Md Isham Jaafar berkata, satu kluster baharu iaitu kluster kediaman dengan dua kes dilaporkan. Katanya, sebanyak 13 tambahan kes baharu pula melibatkan empat kluster aktif sedia ada manakala tujuh kes tidak diketahui punca jangkitan. Dr. Md Isham juga memberitahu sebanyak lima kluster ditutup selepas tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah klister aktif 118. Sebanyak 71 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah…
Read More29 kes baharu, 2 kematian di Saudi
RIYADH 4 Dis. – Arab Saudi terus mengekalkan jumlah kes harian Covid-19 di bawah paras 50 dengan 29 kes baharu dilaporkan hari ini berbanding 38 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan hari ini, dalam tempoh 24 jam, dua lagi kematian dilaporkan berbanding seorang meninggal dunia semalam. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah sebanyak 549,877 manakala jumlah kematian pula 8,842 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 21 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 539,011 orang. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 39 pesakit dilaporkan…
Read MoreDos penggalak diwajibkan
JEDDAH 4 Dis. – Semua warga dan penduduk Arab Saudi diwajibkan mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 bermula 1 Februari tahun depan. Memetik laporan Saudi Gazette semalam, sumber dari Kementerian Ehwal Dalam Negeri mendedahkan dos penggalak itu diperlukan untuk penduduk mendapatkan status “imun” di aplikasi Tawakkalna. Saudi Gazette melaporkan, sumber itu menjelaskan bahawa suntikan penggalak akan diwajibkan lapan bulan setelah seseorang mendapatkan dos kedua vaksin. Status “imun” diperlukan bagi sesiapa yang ingin menghadiri sebarang acara sosial, ekonomi, komersial, kebudayaan, hiburan atau sukan di negara itu. Semalam, Arab Saudi melaporkan 38 jangkitan…
Read More