40 kematian Covid-19

PUTRAJAYA 6 Dis. – Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan 40 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah  30,614 orang, daripada 2.65 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, 10 daripada 40 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 61,999 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 51,260 individu atau 82.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 5,899 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 4,369 kes dirawat di hospital dan 471 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana 207 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 264 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment