SINGAPURA 7 Dis – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 662 kes baharu Covid-19 di Singapura dan empat kematian dikaitkan dengan koronavirus setakat tengah hari semalam menjadikan jumlah keseluruhan 269,873 kes. MoH turut menyatakan penjujukan genom bagi dua kes import yang diumumkan pada 2 Disember sudah selesai, dan mengesahkan kedua-dua kes itu sebagai jangkitan varian Omicron Covid-19. Dalam kenyataannya semalam, MoH memaklumkan 638 kes dalam masyarakat dengan 11 kes import dan 13 kes di dormitori pekerja asing. MoH juga menyatakan dua penumpang yang tiba di Singapura dari Afrika Selatan dalam penerbangan SIA…
Read MoreCategory: SEMASA
Berita pilihan…
CDC AS senarai 83 destinasi tahap 4
WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) menasihatkan rakyatnya supaya tidak mengembara ke Perancis, Jordan, Portugal dan Tanzania susulan kebimbangan Covid-19. CDC kini menyenaraikan 83 destinasi pada klasifikasi tahap 4 iaitu sangat tinggi dan menambah Andorra, Cyprus dan Liechtenstein ke tahap nasihat perjalanan tertinggi. AS mengenakan peraturan baharu, berkuat kuasa Isnin, mewajibkan pengembara udara antarabangsa yang tiba di negara itu negatif ujian Covid-19 dalam masa satu hari perjalanan. Berkuat kuasa 29 November, White House menghalang hampir semua warga asing daripada memasuki AS dari lapan negara selatan Afrika…
Read MorePerancis tutup kelab malam
PARIS: Menutup kelab malam dan mewajibkan pemakaian pelitup muka antara sekatan terhad yang dikenakan Perancis untuk beberapa sektor berkuatkuasa Isnin susulan gelombang baharu Covid-19. Perdana Menteri Jean Castex mengumumkan pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam kalangan pelajar sekolah rendah pada waktu rehat dan selepas kelas. “Mulai Khamis, pelitup muka akan menjadi wajib di taman permainan dan kami akan mengehadkan sukan berpasukan yang melibatkan sentuhan fizikal,” katanya. Menurut beliau, kelab malam akan ditutup selama empat minggu akan datang. berkuat kuasa pada Jumaat hingga awal Januari. “Kami melakukan ini kerana virus itu merebak…
Read MoreKebarangkalian Omicron di Thailand
BANGKOK 6 Dis. – Thailand melaporkan kes pertama kebarangkalian varian Omicron, melibatkan seorang lelaki Amerika yang dalam perjalanan dari Sepanyol. Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr Suakit Sirilak berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan positif pada 1 Disember dan kini menjalani rawatan di hospital. Beliau berkata ujian saringan yang dijalankan ke atas lelaki itu menunjukkan 99.2 peratus positif untuk varian Omicron, tetapi beliau akan menjalani ujian lain. Lelaki itu menggunakan penerbangan Emirates Airline EK372 dari Dubai ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi Airport tanpa menunjukkan simptom.. Tiada kontak rapat dengan kes…
Read More349 calon rebut 82 kerusi
KUCHING: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 menyaksikan semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dengan penyertaan 349 calon termasuk 30 calon Bebas. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh, berkata seramai 349 calon mewakili pelbagai parti termasuk Bebas disahkan bertanding selepas tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi ini. Beliau berkata SPR mengesahkan sebanyak 349 kertas penamaan layak bertanding. Calon-calon mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebanyak 82 kerusi, Parti Bumi Kenyalang (PBK) di 73 kerusi, Parti Sarawak Bersatu (PSB) 70 kerusi, PKR (28), DAP (26) dan…
Read MoreAung Sann Suu Kyi dipenjara
YANGON 6 Dis. – Junta Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi selepas didapati bersalah kerana menghasut terhadap tentera dan melanggar peraturan Covid-19. Suu Kyi, 76 tahun, pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu ditahan sejak jeneral tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu, sekali gus menamatkan tempoh demokrasi di negara Asia Tenggara itu. Sejak itu, beliau dikenakan beberapa siri tuduhan termasuk melanggar akta rahsia rasmi, rasuah, penipuan pilihan raya serta bakal berdepan hukuman puluhan tahun jika didapati bersalah. Menurut laporan media, Suu…
Read MoreKadar kebolehjangkitan naik
PUTRAJAYA 6 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara meningkat kepada 0.98 semalam berbanding 0.97 sebelumnya dengan kebanyakan negeri melepasi nilai itu. Perlis kekal mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.12 berbanding 1.16 pada hari sebelumnya diikuti Melaka 1.04, Perak 1.01 dan Kedah 1.00. Ini diikuti Pulau Pinang, Labuan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing merekodkan 0.99 manakala Pahang 0.98. Johor pula mencatatkan Rt 0.97, diikuti Terengganu 0.96 dan Kelantan (0.95), sementara Sabah, Putrajaya dan Negeri Sembilan masing-masing merekodkan Rt 0.93. Sarawak mencatatkan Rt terendah bagi keseluruhan iaitu 0.72.…
Read MoreVarian Delta masih dominan
VARIAN Delta masih kekal mendominasi jangkitan di seluruh negara walaupun varian baharu Covid-19, Omicron, sudah merebak ke satu per tiga atau 16 negeri di Amerika Syarikat (AS). Menurut pakar penyakit berjangkit terkemuka AS Dr Anthony Fauci walaupun kemunculan varian baharu itu menyebabkan kebimbangan di seluruh dunia, namun beliau melihat tiada laporan mengenai komplikasi yang teruk. Negeri yang melaporkan kes berkaitan varian Omicron, adalah California, Colorado, Connecticut, Hawaii, Louisiana, Maryland, Massachusetts, Minnesota, Missouri, Nebraska, New Jersey, New York, Pennsylvania, Utah, Washington dan Wisconsin. Fauci, yang juga Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit…
Read More