PUTRAJAYA 8 Dis. – Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Najib Razak, yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik syarikat SRC International Sdn Bhd. Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, bersama-sama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul dan tidak terkhilaf apabila mensabitkan Najib terhadap tuduhan berkenaan. Mahkamah Rayuan mendapati Najib diberikan kuasa istimewa dalam SRC kerana peranannya sebagai Perdana Menteri ketika…
Read MoreCategory: SEMASA
Kebolehjangkitan lebih tinggi, kurang bahaya
WASHINGTON: Varian Omicron Covid-19 mungkin mempunyai tahap kebolehjangkitan lebih tinggi tetapi kurang berbahaya atau tidak seteruk varian-varian sebelumnya. Pakar Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata, kebanyakan kes awal Omicron kurang menyebabkan kemasukan ke hospital dan pesakit kurang memerlukan bantuan oksigen. Bagaimanapun Ketua Penasihat Perubatan Presiden Joe Biden itu mengingatkan ia mungkin akan mengambil masa selama beberapa minggu lagi untuk menilai keterukannya. Beliau berkata, varian baharu itu “jelas mudah berjangkit,” kemungkinan besar lebih mudah berjangkit berbanding Delta yang kini merupakan varian dominan di seluruh dunia. Fauci yang juga Pengarah…
Read More3,164,254 terima dos penggalak
PUTRAJAYA 8 Dis. – Sebanyak 113,423 dos penggalak diberikan sehingga 11.59 malam tadi yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,164,254 dos. Dalam tempoh yang sama, menurut laman sesawang COVIDNOW, 124,499 dos harian diberikan termasuk 113,423 dos pertama dan 6,538 dos lengkap vaksinasi. Sebanyak 78.0 peratus daripada populasi keseluruhan atau 25,461,172 lengkap vaksinasi dan 79.3 peratus atau 25,891,878 sekurang-kurangnya satu dos. Bagi kalangan populasi dewasa pula, kira-kira 97.1 peratus atau 22,734,488 sudah lengkap vaksinasi setakat ini manakala 23,058,008 orang atau mewakili 98.5 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos Sementara itu, seramai 2,726,684…
Read MoreBerita pilihan…
Syor campuran vaksin
AGENSI Kesihatan Kesatuan Eropah (EU) mengesyorkan agar vaksin Covid-19 bagi dos awal dan penggalak menggunakan campuran vaksin berbeza selepas dapatan kajian menunjukkan gabungan vaksin vektor virus dan vaksin MRNA menghasilkan tahap antibodi yang baik terhadap koronavirus. Saranan ini dikemukakan oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA) serta Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dalam satu kenyataan bersama. Menurut EMA dan ECDC, pendekatan itu menawarkan pilihan vaksin lebih baik terutamanya untuk mengurangkan impak kekurangan vaksin sekiranya vaksin tidak tersedia atas sebarang sebab. Saranan ini juga dibuat selepas kajian utama mendapati dos pertama…
Read More66 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 8 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 66 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,718 orang, daripada 2.66 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, sembilan daripada 66 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 60,411 kes aktif Covid-19…
Read More27 kes baharu di Brunei Darussalam
BERAKAS 7 Dis. – Sebanyak 27 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 15,229 orang dengan 197 kes aktif. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar berkata, terdapat tambahan 18 kes baharu kepada tujuh kluster aktif yang sedia ada yang merupakan kontak terdekat kepada beberapa kes positif sebelumnya. Katanya, dua kluster baharu iaitu kluster kediaman dikenal pasti yang melibatkan enam kes. Katanya, salah satu kluster iaitu Kluster Massutera Engineering adalah kluster rumah yang menempatkan para pekerja syarikat berkenaan. Enam kluster ditutup setelah tidak…
Read MorePertambahan kes harian Singapura
SINGAPURA 7 Dis. – Singapura melaporkan 715 kes baharu Covid-19 dan lapan lagi kematian akibat koronavirus itu setakat tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 270,588 kes dengan 771 kematian. Kes harian itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 662 kes dan empat kematian yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes penularan tempatan terdiri daripada 700 jangkitan baharu dalam masyarakat dan lima kes di asrama pekerja asing serta 10 kes diimport. Sementara itu kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) adalah 53.3 peratus, meningkat daripada 48 peratus pada Isnin. Terdapat 827 pesakit di…
Read More42 kes baharu, dua kematian
RIYADH 7 Dis. – Arab Saudi terus merekodkan kes harian Covid-19 di bawah angka 50 apabila mencatatkan 42 kes berbanding 43 semalam dan 35 sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dua lagi dilaporkan meninggal dunia berbanding satu kes semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 549,997 dan 8,847 kematian. Menurut kementerian itu, sebanyak 59 orang pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 539,141.
Read More261 kes baharu Indonesia
JAKARTA 7 Dis. – Kes positif Covid-19 yang direkodkan Indonesia hari ini adalah 261, meningkat sedikit berbanding 130 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,258,076 orang. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi kes positif dengan merekodkan 420 lagi pesakit pulih yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,108,717 orang sementara kes aktif 5,466. Jumlah kematian pula meningkat kepada 143,893 termasuk 17 kes yang dilaporkan hari ini. Lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi didahului Jawa Barat 102 orang dan kumulatifnya 692,569 diikuti Riau 65 (124,349), Yogyakarta 47 (151,149), Jawa Timur 41 (369,718) dan…
Read More