Ali Biju tarik diri sokong GPS

KUCHING 9 Dis. – Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Ali Biju menarik diri sebagai calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian hari ini, dan akan memberi sokongan penuh kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ali dari Bersatu berkata, keputusannya itu bagi memelihara muafakat serta memperkukuh hubungan antara Perikatan Nasional (PN) dan GPS. Beliau berkata telah mendapat nasihat pimpinan tertinggi parti serta jaminan Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati antara PN dan Abang Johari Openg selaku Pengerusi GPS. “Saya…

Read More

Bertindak segera bendung penularan

GENEVA: Bertindak segera bendung penularan virus Covid-19 varian Omicron dan percepatkan program vaksinasi. Demikian ingatan Ketua Pegarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Ghebreyesus. Beliau memberi amaran, penularan sejagat Omicron membayangkan bahawa varian itu boleh memberi kesan besar kepada pandemik Covid-19. Katanya, walaupun masih terlalu awal untuk menyatakan sejauh mana suntikan sedia ada akan menawarkan perlindungan terhadap varian baharu itu, sekarang adalah masanya untuk mengekang penularan varian itu. Justeru dalam taklimat medianya, beliau menggesa pihak kerajaan negara-negara berkenaan yang kini dikesan di 57 negara mengambil tindakan segera sebelum lebih ramai pesakit…

Read More

Afrika Selatan lapor 20,000 kes baharu

JOHANNESBURG: Afrika Selatan melaporkan hampir 20,000 kes jangkitan Covid-19 baharu dan 36 kematian semalam (Rabu), suatu rekod sejak varian Omicron dikesan  sehingga pakar kesihatan percaya situasi sekarang sedang membawa negara itu ke dalam gelombang keempat. Bagaimanapun masih belum jelas berapa banyak jangkitan yang berpunca daripada Omicron kerana hanya sebahagian sampel yang diuji. Statistik dari Institut Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NICD) mencatatkan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara itu sebanyak 3.071 juta kes, dengan lebih daripada 90,000 kematian dikaitkan dengan virus itu sejak pandemik bermula. Bukti awal menunjukkan varian Omicron lebih…

Read More

Kuwait kesan kes Omicron

KUWAIT mengesan kes pertama varian Omicron Covid-19, melibatkan seorang pelawat warga Eropah yang tiba dari sebuah negara Afrika di mana varian tersebut dikesan sebelum ini. Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Abdullah Al-Sanad berkata, pelawat itu sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 dan kini dikuarantin di tempat yang dikhususkan, selaras dengan protokol kesihatan. Beliau menambah kementerian itu sudah mengambil langkah-langkah waspada yang sewajarnya sejak beberapa negara mencatatkan kes melibatkan varian baru koronavirus tersebut. Dr Al-Sanad berkata, keadaan di Kuwait adalah stabil namun, rakyat dan penduduk di sana digesa supaya mendapatkan…

Read More

97.2 peratus dewasa lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 9 Dis. – Sebanyak 97.2 peratus atau 22,746,838 daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi manakala 98.6 peratus atau 23,067,954  mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Berdasarkan data portal COVIDNOW,  seramai 25,476,738 individu atau 78.0 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin vaksin dan 79.3 peratus atau 25,904,280 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,729,900 individu atau 86.7 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.1 peratus atau 2,836,326 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, semalam sebanyak 114,944 dos penggalak diberikan…

Read More

28 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 9 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 28 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan  30,746 orang, daripada 2.67 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, empat daripada 28 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilapor itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 60,878 kes aktif Covid-19…

Read More

Pelajar IPG cetus kluster baharu

KOTA KINABALU 8 Dis. – Seramai 27 pelajar wanita Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Baru dijangkiti Covid-19 sekali gus mencetuskan satu lagi kluster baharu, Kluster Jalan Tuaran Bakut. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun berkata kluster dalam kategori institusi pendidikan itu dikenal pasti di daerah Tuaran. Kes indeks ialah pelajar wanita warga tempatan berusia 20 tahun yang dikesan positif Covid-19 melalui ujian PCR pada 27 November lepas dalam saringan bergejala. Menurut Masidi, saringan kontak rapat dan saringan bergejala ke atas 134 orang mendapati 26 kes positif, menjadikan jumlah…

Read More

Kes jangkitan lepasi 5,000

PUTRAJAYA 8 Dis. – Malaysia kembali merekodkan angka 5,000 apabila kes jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 5,020 kes hari ini berbanding 4,965 kes yang dilaporkan semalam. Selepas empat hari mencatatkan lebih 4,000 kes harian, angka itu melepasi 5,000, jumlah yang direkodkan mulai awal bulan ini iaitu 5,439 (1 Dis.), 5,806 (2 Dis.) dan 5,551 pada 3 Disember sebelum mencatatkan 4,896 pada 4 Disember. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,673,019 kes. Daripada jumlah kes baharu yang direkodkan hari ini Selangor mencatatkan 1,465 dengan jumlah kumulatif 764,534, Kelantan –…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 0.99

PUTRAJAYA 8 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara kekal pada 0.99 semalam, sama seperti hari sebelumnya dengan tujuh negeri menyamai atau melepasi nilai itu. Perlis kekal mencatatkan Rt tertinggi dengan 1.13 sama seperti sebelumnya diikuti Wilayah Persekutuan Labuan (1.06), Pulau Pinang (1.03) Melaka (1.03), Negeri Sembilan 1.01, Pahang 1.00 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 0.99. Negeri yang merekodkan di bawah 0.99 adalah Perak, Terengganu dan Selangor masing-masing 0.98, Johor 0.97, Kedah 0.96, Kelantan 0.95, Sabah 0.90, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.87, dan Sarawak 0.71.

Read More