PUTRAJAYA 7 Dis. – Masih di bawah angka 5,000 apabila jumlah kes jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 4,965 berbanding 4,262 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes baharu itu menjadikan setakat kini sebanyak 2,667,999 individu dijangkiti virus berkenaan. Daripada jumlah kes dikesan hari ini, 4,936 kes adalah penularan tempatan dengan 29 kes adalah kes import jangkitan dari luar negara. Katanya, daripada jumlah kes aktif di negara ini, sebanyak 437 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan 375 kes sah Covid-19 dan 62…
Read MoreCategory: SEMASA
Kes jangkitan harian turun di Filipina
MANILA 7 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina terus menunjukkan penurunan apabila setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 356 kes baharu dilaporkan berbanding 543 kes semalam dan 603 pada 5 Disember lalu. Setakat pukul 4 petang ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Filipina adalah sebanyak 2,835,345. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH),sebanyak 871 pesakit dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,772,728 orang atau 97.8 peratus daripada keseluruhan kes. Dalam tempoh yang sama, 92 lagi dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif kematian 49,591 orang. Bagaimanapun daripada…
Read MoreJokowi janji bantu mangsa Semeru
JAKARTA 7 Dis. – Presiden Indonesia Joko Widodo berjanji untuk mempergiatkan usaha pemindahan dan membaiki rumah-rumah yang rosak selepas melawat zon bencana Gunung Semeru di Jawa Timur hari ini. “Saya datang ke lapangan untuk memastikan kita mempunyai pasukan secukupnya untuk mencari mangsa,” kata Presiden Jokowi, bercakap di Sumberwuluh, salah satu kawasan yang paling teruk terjejas. “Kami berharap selepas semua sudah reda, segala-galanya boleh bermula: Memperbaiki prasarana atau malah memindahkan mereka dari tempat yang kami ramalkan terlalu berbahaya untuk pulang kembali.” Katanya, sekurang-kurangnya 2,000 rumah perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih…
Read More336 kes Omicron di UK
LONDON: Sebanyak 336 kes Covid-19 varian Omicron dilaporkan di United Kingdom yang meliputi 261 kes di England, 71 di Scotland dan empat di Wales Setiausaha Kesihatan Britain Sajid Javid memberitahu Parlimen pada Isnin, varian Omicron merebak menerusi jangkitan dalam masyarakat berbanding menerusi individu yang tiba di Britain dari luar negara. “Ini termasuk kes-kes tanpa hubung kait dengan perjalanan ke luar negara, jadi kami boleh menyimpulkan bahawa kini terdapat jangkitan dalam masyarakat di beberapa wilayah di England,” kata Javid. Javid memberi amaran bahawa beliau tidak boleh memberi jaminan varian Omicron ‘tidak akan…
Read MoreKes harian Thailand turun
BANGKOK 7 Dis. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan hari ini dengan merekodkan 3,525 kes berbanding 4,000 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,148,766. Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan peningkatan sedikit iaitu 31 kes berbanding 22 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 20,997 orang meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, terdapat 3,513 kes dalam kalangan orang awam termasuk 10 kes import dan 12 lagi kes banduan . Semalam, 6,109 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,061,374 orang pulih daripada koronavirus. Mengenai kematian pula, umur individu…
Read MorePemimpin utama GPS dicabar
KUCHING 7 Dis. – Semua pemimpin politik utama negeri berdepan persaingan pelbagai penjuru, di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 pada 18 Disember ini. Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), berdepan cabaran tiga penjuru di DUN Gedong selepas meninggalkan DUN Satok yang diwakili selama sembilan penggal. Abang Johari akan dicabar calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Mohamad Sofian Fariz Sharbini, Kamal Bujang (Amanah) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango. GPS adalah gabungan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu…
Read More81.9 % penduduk Brunei lengkap vaksinasi
BERAKAS 7 Dis. – Seramai 352,186 orang melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, iaitu 81.9 peratus daripada jumlah penduduk Brunei Darussalam manakala 404,451 lagi atau 94.1 peratus menerima satu dos setakat 5/Disember lalu. Menteri Kesihatan Dr. Md. Isham Jaafar berkata, setakat pukul 3 petang semalam seramai 3,356 orang pelajar telah menerima dos kedua vaksinasi. Katanya, Program Vaksinasi Kebangsaan Bagi Pelajar-Pelajar Berumur 12 hingga 17 tahun bermula 19 November dan dos kedua mulai 6 Disember yang bakal melibatkan 37,089 orang pelajar. Beliau menyeru ibu bapa, penjaga dan pelajar yang telah menerima vaksinasi…
Read MoreKadar kebolehjangkitan naik 0.99
PUTRAJAYA 7 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara meningkat kepada 0.99 semalam berbanding 0.98 pada hari sebelumnya dengan lapan negeri menyamai atau melepasi nilai itu. Perlis kekal mencatatkan Rt tertinggi dengan 1.13 berbanding 1.12 sebelumnya diikuti Melaka, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang masing-masing dengan nilai 1.00. Empat negeri lagi mencatatkan kadar yang menyamai purata kebangsaan itu 0.99 iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan. Negeri-negeri lain merekodkan kadar di bawah 0.99 iaitu Kedah 0.98, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu masing-masing 0.97…
Read More97.1 peratus dewasa lengkap dos
PUTRAJAYA 7 Dis. – Sebanyak 97.1 peratus atau 22,729,076 individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 98.5 peratus atau 23,054,211 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sehingga malam tadi juga, sebanyak 77.9 peratus atau 25,453,314 daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan manakala 79.2 peratus atau 25,886,590 menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi dos penggalak pula, secara keseluruhan sebanyak 20.8 peratus atau 3,048,396 orang telah mendapat dos berkenaan. Bagi populasi remaja pula, seramai 2,724,238 atau 86.6 peratus telah melengkapkan dua dos manakala 90.0 peratus atau 2,832,379 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.…
Read More38 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 7 Dis. – Kementerian Kesihatan melaporkan 38 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian 30,652 orang, daripada 2.65 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Menurut data di portal COVIDNOW, lapan daripada 38 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu dan ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik mengambil masa. Sementara itu, terdapat 60,329 kes aktif…
Read More