3,164,254 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 8 Dis. – Sebanyak 113,423 dos penggalak diberikan sehingga 11.59 malam tadi yang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,164,254 dos.

Dalam tempoh yang sama, menurut laman sesawang COVIDNOW, 124,499 dos harian diberikan termasuk 113,423 dos pertama dan 6,538 dos lengkap vaksinasi.

Sebanyak 78.0 peratus daripada populasi keseluruhan atau 25,461,172 lengkap vaksinasi dan 79.3 peratus atau 25,891,878 sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi kalangan populasi dewasa pula, kira-kira 97.1 peratus atau 22,734,488 sudah lengkap vaksinasi setakat ini manakala 23,058,008 orang atau mewakili 98.5 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos

Sementara itu, seramai 2,726,684 atau 86.6 peratus populasi remaja di negara ini sudah lengkap divaksinasi dan 2,833,870 atau 90 peratus individu kumpulan usia terbabit menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dimulakan pada Ogos lalu menyasarkan 3.2 juta remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima vaksin Covid-19.

Related posts

Leave a Comment