Foto FB
Haramain Sharifain
Petir hanya ‘menyambar’ anak bulan Menara Jam Makkah. Untuk rekod jam gergasi yang memiliki muka jam di setiap sisinya dengan keluasan paparan setiap satunya 43 meter panjang dan 43 meter lebar (141 × 141 kaki) adalah yang terbesar di dunia. Berat kasar setiap muka jam adalah 36 tan.
Manakala 4 enjin berkuasa, setiap satunya seberat 21 tan diperlukan untuk pengoperasiannya. Oleh itu, enjin Jam Makkah adalah paling besar dan berat pernah dibuat setakat ini. Panel solar juga digunakan sebagai janakuasa sokongan untuk mengendalikan enjin masa ini. Sebanyak 20 rod kilat yang berfungsi secara automatik disediakan bagi melindungi jam dan mentol daripada kejutan kilat.
.