Covid-19: 2,728 kes, 6 kematian

PUTRAJAYA 8 Ogos – Jumlah kes jangkitan Covid-19 semalam turun kepada 2,728 termasuk dua kes import berbanding 4,684 pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,708,552.

Menurut portal COVIDNOW, terdapat enam kematian dilaporkan, tetapi tiada kes membabitkan kematian di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan  jumlah keseluruhan 36,026 orang meninggal dunia akibat wabak itu.

Kes aktif Covid-19 pula adalah sebanyak 45,770 kes, dengan 44,159 atau 96.5 peratus daripadanya individu dikuarantin di rumah, 52 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 36 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 3,856 pesakit dilaporkan sembuh pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 4,626,756 kes.

Sementara itu, tiada negeri mencatatkan angka jangkitan melebihi 1,000 kes semalam walaupun Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi sebanyak 749 berbanding 2,164 kelmarin.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 575 berbanding 887 kelmarin, Sabah 265 (267), Perak 245 (289), Pulau Pinang 201 (197), Negeri Sembilan 146 (204), Johor 116 (123), Kedah 101 (87) dan Melaka 101 (142).

Kes di bawah 100 pula adalah Sarawak 55 (84), Pahang 52 (81), Kelantan 44 (51),

Terengganu 33 (24), Wilayah Persekutuan Putrajaya 30 (62), Perlis 9 (12) dan Wilayah Persekutuan Labuan 6 (10).

Related posts

Leave a Comment