SEPANG 28 Mei – Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin bersedia menghadapi tindakan mahkamah susulan kritikan terbuka terhadap kelewatan dan kelemahan pinjaman Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara). Katanya, beliau menyerahkan hal ini kepada proses undang-undang dan sedia menghadapi di mana-mana medan termasuk di mahkamah, jika itu pilihannya. Beliau merujuk kenyataan Pengerusi Mara Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, yang akan memulakan prosiding saman terhadapnya atas dakwaan menyebarkan fitnah berhubung pengurusan dana agensi itu. Dr Asyraf mendakwa Mas Ermieyati menuduh beliau membazirkan dana Mara…
Read MoreDay: May 28, 2025
Dr Mahathar Ketua Pengarah Kesihatan
PUTRAJAYA 28 Mei – Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Mahathar Abd Wahab dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa esok, 29 Mei 2025. Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, dalam satu kenyataan berkata pelantikan itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Katanya, Dr Mahathar, 56, mula berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan sebagai Pegawai Perubatan pada 1 Oktober 1996. Beliau berkelulusan Bachelor of Medical Science daripada University St Andrews, Scotland, Bachelor of Medicine and Bachelor Surgery (University of Manchester, United Kingdom) serta Master of…
Read MorePM lulus cuti Rafizi, Nik Nazmi
PUTRAJAYA 28 Mei – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bersetuju meluluskan permohonan cuti Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, bermula esok. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan juga memaklumkan, bahawa Perdana Menteri sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada mereka berdua. “Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh YAB Perdana Menteri,” kata kenyataan itu. Terdahulu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri yang akan berkuat kuasa pada…
Read MoreSenja….
Bandar Seri Putra
Read MoreIdea Rafizi tidak akan dilupakan – Nurul Izzah
KUALA LUMPUR 28 Mei – Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menghormati Rafizi Ramli yang tidak pernah takut bersuara, selain sentiasa mencadangkan idea, strategi, dan dasar yang mengubah pemikiran mengenai tadbir urus, akauntabiliti dan reformasi ekonomi. Nurul Izzah berkata, banyak idea Rafizi tidak akan dilupakan, malah akan diteruskan, diperhalusi dan dilaksana, bukan kerana ia datang daripada dirinya atau Rafizi , tetapi kerana ia adalah apa yang tepat untuk Malaysia. “Pemikiran seperti Rafizi akan sentiasa menjadi kekuatan, sama ada berada dalam kerajaan atau tidak. Negara memerlukan idea dan langkah yang berani,…
Read MoreNik Nazmi ikut Rafizi letak jawatan
PUTRAJAYA 28 Mei – Nik Nazmi Nik Ahmad yang gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden Keadilan pada pemilihan PKR minggu lalu turut meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), berkuat kuasa 4 Julai ini. Ahli Parlimen Setiawangsa itu berbuat demikian sejurus selepas Rafizi Ramli yang gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Keadilan mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi. Dalam kenyataannya, Nik Nazmi mengakui bahawa kedudukan sebagai Naib Presiden Keadilan merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan ke jawatan Kabinet selepas pilihan raya umum lalu. “Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan…
Read MoreRafizi letak jawatan Menteri Ekonomi mulai 17 Jun
PUTRAJAYA 28 Mei – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli melunaskan janjinya untuk meletak jawatan anggota Kabinet susulan kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan 23 Mei lalu. Dalam kenyataannya, Rafizi memaklumkan telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkuat kuasa mulai 17 Jun dan mulai hari ini menghabiskan baki cuti tahunannya. “Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan,” katanya. Menurut Rafizi beliau…
Read MoreMelayu Berdaulat papar kekecewaan terhadap kerajaan
KUALA LUMPUR 28 Mei – Laungan “Melayu Berdaulat”, yang menggantikan “Hidup Melayu” seperti yang sering dilaungkan oleh parti-parti politik tertentu sebelum ini menunjukkan tahap kekecewaan terhadap keprihatinan kerajaan berhubung isu-isu berkepentingan orang Melayu dan Islam. Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Asmawar Samat berkata, pihaknya bersetuju dengan cogan kata “Melayu Berdaulat” itu kerana banyak isu melibatkan orang Melayu sering diusik sedangkan perkara itu sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam kenyataannya, beliau mendakwa, isu-isu berkaitan dilihat semakin terjejas dan tidak diendahkan termasuk akibat kecuaian dan kelemahan jabatan serta agensi…
Read MoreBerita pilihan….
Desak UK kena sekatan terhadap Israel
LONDON – Lebih 800 peguam, hakim, dan pakar undang-undang di United Kingdom (UK) mendesak kerajaan untuk mengenakan sekatan terhadap Israel berikutan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dalam perang Gaza. Mereka membuat desakan itu dengan menantangani surat terbuka kepada Perdana Menteri Keir Starmer, yang dihantar pada 27 Mei dengan menegaskan, genosid sedang berlaku atau sekurang-kurangnya terdapat risiko serius ia akan berlaku. Para peguam mendakwa bahawa sekatan makanan dan bantuan, serta serangan ketenteraan Israel yang semakin meningkat, telah menyebabkan kematian ratusan rakyat Palestin dalam tempoh dua minggu terakhir. Dalam surat sepanjang 36 halaman,…
Read More