Dua helikopter nahas tidak boleh dibaiki

KUALA LUMPUR  30 Mei – Dua pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec yang terlibat dalam nahas 23 April lalu disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Panglima Tentera Laut, Laksamana Abdul Rahman Ayob, berkata kedua-dua bangkai pesawat itu kini berada di markas TLDM sekiranya ada semakan siasatan lanjut “Ia ‘beyond repaired’ (tidak boleh dibaiki) dan tentu sekali AW139 ini helikopter baharu yang berpangkalan di Kota Kinabalu. “Kita ada tiga pesawat baharu yang kita peroleh tetapi satu sudah terbabit nahas…

Read More

Tidak di haluan ditetapkan punca nahas

KUALA LUMPUR 30 Mei – Helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan menjadi faktor utama  nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 23 April lalu yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai TLDM. Panglima TLDM, Laksamana Madya Abdul Rahman Ayob memberitahu, Fennec memasuki laluan helikopter AW-139. Bercakap pada sidang media ketika mengumumkan laporan penuh nahas helikopter TLDM itu, beliau menjelaskan kedua-dua helikopter didapati berada dalam keadaan selamat untuk terbang semasa hari kejadian. Beliau turut mendedahkan punca sekunder nahas helikopter TLDM adalah ‘channelise attention’ oleh krew helikopter AW139 tertumpu ke…

Read More

992 tiket tren khas Lambaian Aidiladha

KUALA LUMPUR 30 Mei – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 992 tiket bagi perkhidmatan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidiladha (ELA) untuk perjalanan dari KL Sentral ke Tumpat dan sebaliknya sempena sambutan Aidiladha bulan depan. Menerusi kenyataannya, KTMB memaklumkan, jualan tiket akan mula dibuka 10 pagi esok dengan harga bermula daripada RM55 sehingga RM83 bagi perjalanan sehala. Tren khas ini antara inisiatif KTMB bagi menghargai penumpang setianya, di samping menawarkan pengangkutan alternatif kepada penumpang yang akan pulang ke Pantai Timur sempena Aidiladha ini. “Ia juga sebagai tanda sokongan kepada pihak…

Read More

Pilihan raya umum Britain 4 Julai

LONDON: Parlimen Britain dibubarkan hari ini, menjelang pilihan raya umum (PRU) pada 4 Julai, dengan kempen lima minggu secara rasmi bermula apabila 650 kerusi ahli Parlimen (MP) kosong satu minit lewat tengah malam (2301 GMT). Minggu pertama berkempen menyaksikan permulaan yang goyah berikutan pengumuman PRU ketika hujan membasahi Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, dengan ramai pemerhati menganggap hujan lebat sebagai petanda buruk. Manakala parti Buruh pimpinan Keir Starmer, bekas peguam hak asasi manusia. pula amat yakin dapat kembali berkuasa selepas 14 tahun pemerintahan Konservatif. Sunak menetapkan PRU pada 4 Julai,…

Read More

30 negara di mesyuarat WHO kecam Israel

GENEVA: Lebih 30 negara yang menghadiri mesyuarat tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengecam Israel susulan serangan terhadap hospital di Gaza. Badan itu turut menuntut lebih banyak penelitian terhadap peranannya dalam krisis kesihatan wilayah itu manakala beberapa negara anggota menyalahkan Israel atas risiko kebuluran yang semakin meningkat. Sekumpulan negara menyokong cadangan untuk memberi mandat kepada WHO untuk meningkatkan dokumentasi krisis kemanusiaan di Gaza dan melaporkan tentang kebuluran dan penyakit yang tercetus selepas hampir lapan bulan konflik. Usul itu disokong oleh lebih 30 negara kebanyakannya dari Afrika dan rantau Teluk…

Read More

‘All eyes on Rafah’

PARIS: Imej janaan kecerdasan buatan (AI) yang mengandungi perkataan ‘All eyes on Rafah’ (Semua mata tertumpu pada Rafah) dikongsi oleh lebih 44 juta akaun Instagram sejak Isnin selepas Israel menyasarkan serangan maut ke atas kem diduduki penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di bandar Gaza. Imej itu memaparkan deretan khemah padat terbentang tanpa penghujung merentasi landskap padang pasir yang dibayangi kawasan pergunungan, merujuk kepada ratusan ribu rakyat Palestin yang melarikan diri ketika perang Israel-Palestin. Pelakon Chile-Amerika Syarikat (AS), Pedro Pascal serta model terkenal berketurunan Palestin, Bella dan Gigi Hadid, bintang…

Read More