Sabah catat 259 kes baharu

KOTA KINABALU 11 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 259 kes positif baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 21,448 kes.

Dua kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu di daerah Sandakan dan Kota Kinabalu sementara kes sembuh puka .553.

Ketika ini seramai 2,935 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 739 orang di hospital dan 2,196 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 69 orang dan 19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Sementara itu daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning manakala daerah Nabawan dari zon kuning ke zon hijau.

Terdapat tiga kluster baharu hari ini iaitu:

(i) Kluster Karamunting di Daerah Sandakan sebanyak 21 kes;

(ii) Kluster Saga di Daerah Kota Kinabalu sebanyak sembilan (9) kes; dan

(iii) Kluster Haven di Daerah Lahad Datu sebanyak 11 kes

Related posts

Leave a Comment