Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 11 Nov. – Arab Saudi merekodkan 394 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding semalam yang merekodkan 471 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan itu jumlah keseluruhan jangkitan yang direkodkan setakat ini adalah 351,849 kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga turun kepada 14 kes berbanding 17 semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan 5,590 kematian.

Sebanyak 421 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 338,702 atau 96.26 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu Riyadh merekodkan 58 kes hari ini diikuti Madinah 44, Makkah 29, Hail 27 dan Jeddah 25

Related posts

Leave a Comment