Singapura terima vaksin

SINGAPURA menerima bekalan pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech pada Isnin malam (21 Disember ) menerusi pesawat kargo Singapore Airlines dari Belgium, di mana vaksin itu dihasilkan.

Vaksin itu tiba di Lapangan Terbang Changi menerusi pesawat SIA Boeing 747-400 berjadual dari ibu kota Brussels pada kira-kira pukul 7.55 malam.

Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang diluluskan untuk penggunaan di Singapura, negara Asia pertama menerima vaksin itu, yang dihasilkan bersama oleh syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat Pfizer dan BioNTeach dari Jerman.

Vaksin itu sudah pun digunakan di Britain dan Amerika Syarikat.

Menteri Pengangkutan Ong Ye Kong berkata, banyak persiapan dilakukan bagi memastikan ia berjalan dengan lancar.

Ini termasuk syarikat penyedia bersepadu DHL, UPS, FedEX, sementara kakitangan, syarikat logistik dilatih mengikut piawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya dapat mengendalikan jenis kargo ini secara selamat.

Related posts

Leave a Comment