Indonesia catat 3,770 kes

JAKARTA 11 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini meningkat kepada 448,118 apabila 3,770 lagi kes baharu direkodkan hari ini dengan 54,300 kes aktif.

Jawa Barat merekodkan kes harian tertinggi iaitu 668 kes, provinsi Jakarta 587, Sumatera Barat 254, Jawa Timur 168 dan Jawa Tengah 161.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pada hari ini bertambah 75 kes dan kumulatifnya menjadi 14.836.

Kes meninggal tertinggi dicatatkan Jawa Timur dengan 18 kes diikuti Jawa Tengah 15, Jakarta 12 dan Jawa Barat enam kematian.

Sementara itu kes sembuh meningkat kepada 378,982 kes apabila 3,241 lagi pesakit dilaporkan pulih hari ini.

Jakarta merekodkan 962 kes diikuti Riau 505, Jawa Barat 434, Jawa Tengah 306 dan Jawa Timur 186.

Related posts

Leave a Comment