RIYADH 11 Nov. – Arab Saudi merekodkan 394 kes baharu koronavirus Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding semalam yang merekodkan 471 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan itu jumlah keseluruhan jangkitan yang direkodkan setakat ini adalah 351,849 kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga turun kepada 14 kes berbanding 17 semalam yang menjadikan jumlah keseluruhan 5,590 kematian. Sebanyak 421 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 338,702 atau 96.26 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu Riyadh merekodkan 58 kes hari ini diikuti Madinah 44, Makkah 29, Hail…
Read MoreDay: November 11, 2020
Sabah catat 259 kes baharu
KOTA KINABALU 11 Nov. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan 259 kes positif baharu Covid-19 hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 21,448 kes. Dua kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu di daerah Sandakan dan Kota Kinabalu sementara kes sembuh puka .553. Ketika ini seramai 2,935 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 739 orang di hospital dan 2,196 orang di PKRC. Bilangan pesakit dalam ICU ialah 69 orang dan 19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Sementara itu daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning manakala daerah Nabawan dari zon kuning…
Read MoreIndonesia catat 3,770 kes
JAKARTA 11 Nov. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini meningkat kepada 448,118 apabila 3,770 lagi kes baharu direkodkan hari ini dengan 54,300 kes aktif. Jawa Barat merekodkan kes harian tertinggi iaitu 668 kes, provinsi Jakarta 587, Sumatera Barat 254, Jawa Timur 168 dan Jawa Tengah 161. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pada hari ini bertambah 75 kes dan kumulatifnya menjadi 14.836. Kes meninggal tertinggi dicatatkan Jawa Timur dengan 18 kes diikuti Jawa Tengah 15, Jakarta 12 dan Jawa Barat enam kematian. Sementara itu kes sembuh meningkat kepada…
Read MoreTidak timbul isu takut mati, KP Kesihatan tenang menjawab
PUTRAJAYA 11 Nov. – Selepas mendengar ucapan seorang wakil rakyat ‘membelasah’ Dr Noor Hisham Abdullah, perkara pertama yang terlintas di fikiran saya adalah isu ini pasti ditanya ketika sidang media harian Ketua Pengarah Kesihatan itu. Sebagai orang media, soalan itu wajar ditanya bagi mendapatkan pencerahan sebenar apa yang berlaku di sebalik dakwaan itu. Jangkaan itu tepat tetapi yang mengejutkan adalah itu soalan pertama yang ditanya sebaik sahaja sesi soal jawab dibuka. Lebih menarik wartawan muda itu membuat semakan terlebih dahulu dengan merujuk facebook Dr Noor Hisham. Semakan itu penting supaya…
Read MorePutrajaya di zon merah
PUTRAJAYA 11 Nov. – Selangor merekodkan 178 kes baharu Covid-19 termasuk dua kes import. Klang mendahului dengan 48 kes, lebih rendah berbanding 109 semalam. Setakat ini, jumlah kes positif yang dicatatkan di daerah itu adalah 624, tertinggi di Selangor. Hulu Langat pula 39, Petaling 36, Kuala Langat 26, Sepang 19, Gombak tujuh dan Kuala Selangor satu. Tiada kes di Sabak Bernam dan Hulu Selangor. Daripada 176 kes tempatan, 102 adalah daripada kluster-kluster sedia ada. Sementara itu Kuala Lumpur merekodkan 17 kes termasuk empat kes import Kepong mencatatkan lapan kes baharu…
Read MorePerlis catat dua kes baharu
SABAH terus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 258 kes diikuti Negeri Sembilan (225), Selangor (176), Labuan (46), Pulau Pinang (26), Kuala Lumpur (17), Kedah (17) dan masing-masing 14 kes di Sarawak dan Perak. Selain itu, Johor mencatatkan 10, Melaka (6), Putrajaya (3), Perlis (2) dan satu kes di Kelantan. Daripada jumlah kes baharu ini tujuh merupakan kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara yang masing-masing pulang dari India, Kanada, Indonesia, Arab Saudi, Afganistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Rusia.
Read More822 kes baharu, dua kematian
PUTRAJAYA 11 Nov. – Sebanyak 822 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 42,872 dengan kes aktif kebolehjangkitan meningkat kepada 11,497 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, tujuh adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan enam bukan warganegara. Katanya, Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 259 kes (31.5 peratus) diikuti negeri-negeri di Lembah Klang dengan 202 kes (24.6 peratus). Kes pulih harian pula berjumlah 769 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 31,073 kes (72.5…
Read MoreTidak berlesen, ‘melepas’ pula secara haram
PUNCA pencemaran adalah dari premis tidak berlesen yang membuat pelepasan haram. Itu penjelasan Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung pencemaran air di Loji Rawatan Air (LRA) Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Taman Velox, Rawang. Pelepasan haram itu mencemarkan Sungai Selangor, sehingga akhirnya Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, 2 dan 3 dihenti tugas, menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang. Adakah perbuatan itu satu ‘sabotaj’ terhadap kerajaan negeri? Kalau betullah ‘sabotaj’, ia memang…
Read MoreBelanjawan 2021 : PN, PH, BN sudah beri isyarat
SEMALAM, sejurus selepas Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Najib Tun Razak membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Parlimen, Perikatan Nasional (PN) tampil dengan kenyataan media menyokong penuh Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada Jumaat lalu. Kenyataan itu secara tidak langsung melengkapkan ‘pendirian’ atau isyarat awal parti-parti politik utama terhadap sejauh mana belanjawan itu berada di ‘landasan yang betul’ dan boleh diluluskan atau sebaliknya. Pada masa yang sama ia menggambarkan laluan yang bakal dihadapi oleh kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin walaupun kenyataan PN itu dikaitkan dengan “amatlah wajar agar kesemua pihak…
Read More