PUTRAJAYA 7 Okt. – Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 15 sen seliter kepada RM5.15 dan RM4.67 bagi tempoh 8 hingga 14 Oktober, manakala harga runcit diesel tanpa subsidi kekal pada RM5.27 seliter. Menurut Kementerian Kewangan (MoF), kenaikan itu didorong tekanan terhadap bekalan produk petroleum bertapis di pasaran antarabangsa, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih. Menerusi satu kenyataan, MoF memaklumkan walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi. Dalam pada itu, penerima BUDI Madani RON95 (BUDI95)…
Read MoreDay: October 7, 2026
Zakat Selangor terima RM41.72 juta
SHAH ALAM 7 Okt. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM41.72 juta daripada lima syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) di Istana Bukit Kayangan, hari ini. Lembaga Tabung Haji (TH) yang diwakili pengerusinya, Abdul Rashid Hussain, tampil sebagai penyumbang zakat korporat terbesar tahun ini dengan bayaran RM27.01 juta. Turut menunaikan zakat ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM5.60 juta, yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif, Shamsul Ahmad. Ini diikuti Kumpulan Kewangan Islam Maybank yang menyerahkan RM4.22 juta menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,…
Read MoreTempoh ditetapkan SPR munasabah
AYER KEROH 7 Okt. – Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh, berkata tempoh ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi persiapan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka Ke-16 adalah munasabah. Katanya, tempoh berkenaan tidak terlalu panjang, malah memberi ruang secukupnya kepada SPR untuk membuat persiapan terutama membabitkan aspek logistik dan pusat mengundi dapat dilaksanakan dengan teratur. Beliau berkata, tempoh ditetapkan SPR perlu dilihat secara positif dan tidak wajar disalah tafsir sebagai langkah strategik untuk memanjangkan tempoh pilihan raya. “Siapa kata panjang? Kalau yang paling awal pun seperti yang…
Read More10 ADUN cabar pembatalan Exco
SEREMBAN 7 Okt. – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mencabar tindakan membatalkan pelantikan mereka sebagai Exco kerajaan negeri pada 24 September lalu, memohon Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan pemecatan itu batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa. Mereka adalah Datuk Mohd Faizal Ramli (Linggi); Datuk Zaifulbahri Idris (Chembong); Datuk Mustapha Nagoor (Palong); Siow Kong Choon (Chennah); Siti Nur Umaira Hasim (Labu); Datuk Mohd Asna Amin (Lenggeng); Datuk Mohd Razi Mohd Ali (Sungai Lui); Suhaimizan Bizar (Gemencheh); Mohd Fairuz Mohd Isa (Serting) dan Datuk Razali Abu Samah (Sikamat) selaku…
Read MoreKeris Jubli Perak 25 tahun pemerintahan
SHAH ALAM 7 Okt. – Sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dipersembahkan Keris Jubli Perak, keris istiadat yang menggambarkan perjalanan pemerintahan baginda dan identiti negeri. Keris yang sarat dengan simbolik warisan Melayu itu adalah sepanjang 25 inci (63.5 sentimeter) mempunyai 25 motif berbentuk siku atau chevron dengan sembilan tatahan batu permata serta menggunakan tujuh jenis besi. Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, keseluruhan proses penghasilan keris itu mengambil masa selama 12 bulan, dengan setiap komponen dikerjakan secara cermat dan terperinci. Setiap unsur pada keris…
Read MoreMelaka mengundi 14 November
MELAKA 7 Okt . – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN Melaka Ke-16 dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober . Pengerusinya Ramlan Harun berkata, tempoh berkempen pula adalah selama 14 hari manakala hari mengundi awal ditetapkan pada 10 November. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sebuah hotel di sini, pada Rabu. Pada 22 September lalu, Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa…
Read MoreBerita pilihan…
Warner Bros, Paramount bergabung
LOS ANGELES – Dua gergasi studio Hollywood itu akhirnya bergabung apabila Paramount Skydance secara rasmi mengambil alih Warner Bros Discovery menerusi penggabungan bernilai AS$110 bilion. Penggabungan yang dimuktamadkan selepas berbulan-bulan berdepan pertikaian undang-undang serta kritikan dijangka mengubah landskap industri hiburan dan media global. Melalui penggabungan itu, entiti baharu itu akan beroperasi di bawah nama Skydance Corporation, diketuai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Skydance, David Ellison. Skydance akan menyatukan pelbagai jenama utama termasuk HBO, CNN, CBS, Nickelodeon, Showtime, Comedy Central, DC Studios dan Food Network. Paramount turut memperoleh hak francais terkenal…
Read MoreCukai kekayaan mulai Januari 2027
BUDAPEST – Kerajaan Hungary merancang memperkenalkan cukai kekayaan mulai 1 Januari 2027, terhadap kekayaan melebihi satu bilion forint Hungary (AS$3.1 juta) dan 1.5 peratus terhadap kekayaan melebihi 100 bilion forint (AS$310 juta). Perdana Menteri, Peter Magyar ketika mengumumkan rancangan kerajaan itu menerusi video di Facebook berkata, cukai itu meliputi hartanah, pelaburan dan pegangan dalam syarikat. Ini termasuk aset yang dimiliki di luar negara atau melalui struktur pengurusan aset. Beliau berkata, hutang boleh ditolak daripada asas cukai manakala cukai hartanah dan kenderaan boleh ditolak daripada jumlah liabiliti. Magyar berkata, bayaran tahunan pertama…
Read More