KUALA LUMPUR 17 Ogos – Pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak dibuat secara mengejut sebaliknya melalui proses perbincangan sejak 2017 sebelum diluluskan Dewan Rakyat pada Disember lalu. Timbalan Ketua Eksekutif (Strategik dan Korporat) Perkeso, Edmund Cheong Peck Huang, juga menjelaskan kadar caruman dibuat secara berperingkat bermula 0.75 peratus dan meningkat kepada maksimum 1.25 peratus pada tahun keenam. “Kadar itu akan dinaikkan kepada 1.25 peratus pada tahun keenam, selaras dengan peningkatan faedah penggantian pendapatan daripada 48 peratus ketika ini kepada sehingga 80 peratus,” katanya. Beliau berkata demikian…
Read MoreDay: August 17, 2026
Pas kecewa DAP kekal – Ibrahim
SEPANG 17 Ogos – Putra mendakwa Pas kecewa selepas DAP memutuskan untuk terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan, sekali gus menggagalkan harapan parti itu untuk melihat parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu keluar daripada kerajaan. Merujuk kenyataan pemimpin Pas, Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, keputusan DAP itu memperlihatkan kekecewaan parti berkenaan sementara percaturan politik pembangkang terhadap parti itu tidak menjadi. Beliau berpendapat kenyataan pemimpin Pas terkait keputusan DAP untuk kekal berada dalam kerajaan semalam sekadar menzahirkan kekecewaan mereka semata-mata, selain kelihatan seperti mendahului takdir. Menurut Ibrahim, beliau terbaca kenyataan yang…
Read MoreBersama diminta hormati pendirian DAP
TANJONG 17 Ogos – Pengasas Parti Bersama Malaysia (Bersama), Rafizi Ramli diminta menghormati keputusan Persidangan Kebangsaan DAP 2026 berhubung pendirian parti itu untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Chow Kon Yeow berkata pendirian perwakilan parti itu semalam adalah fakta asas yang patut dihormati. “Minta dia hormati DAP dan keputusan perwakilan. Itu fakta asas, bukan?” kata Kon Yeow ketika ditemui selepas melancarkan program penyertaan awam dan pemberitahuan awam bagi Pelan Struktur Pulau Pinang 2040, hari ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu diminta mengulas penilaian Rafizi bahawa DAP…
Read MoreSegerakan reformasi institusi penting
SEPANG 17 Ogos – Selepas memutuskan untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan semalam, DAP hari ini menggesa Anwar Ibrahim memastikan reformasi institusi penting, diluluskan sebelum hujung tahun ini. Ini termasuk pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya serta penetapan had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal. Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo yang membuat gesaan itu berkata, keputusan DAP untuk terus kekal dalam kerajaan Madani hendaklah disusuli dengan tindakan konkrit terhadap agenda reformasi terasnya. “Saya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengambil tindakan segera untuk merealisasikan reformasi ini.…
Read MoreBerita pilihan…
Ganjaran AS$30,000 tangkap askar AS
TEHRAN – Ganjaran AS$30,000 ditawarkan untuk membunuh atau menangkap tentera Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh, kata Ketua Tentera Iran, Amir Hatami. Tanpa memberikan butiran mengenai lokasi atau garis masa pembunuhan atau penangkapan tentera AS akan berlangsung, beliau berkata, jumlah tawaran itu akan digandakan sekiranya ia dilakukan oleh wanita. Amir turut mengulangi gesaan Iran supaya AS berundur dari Asia Barat, memandangkan mereka tidak lagi mendapat kebenaran untuk memasuki Teluk Parsi, Teluk Oman atau Selat Hormuz. Setakat ini, tiada penempatan tentera darat AS yang dilaporkan di Iran sepanjang perang Asia Barat, kecuali…
Read MoreLapan negara kecam tindakan Israel
ISTANBUL – Tindakan Israel menolak pelan hala tuju bagi melengkapkan pelaksanaan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menamatkan konflik Gaza, mendapat kecaman lapan negara. Turkiye, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu mengecam penolakan Israel terhadap pelan hala tuju itu serta pendiriannya yang menolak penubuhan negara Palestin. Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri luar itu menyifatkan pendirian berkenaan merupakan “penolakan secara langsung” terhadap Pelan Komprehensif Trump untuk Menamatkan Konflik Gaza yang disokong menerusi Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut mereka, tindakan Israel…
Read More