TEHRAN – Ganjaran AS$30,000 ditawarkan untuk membunuh atau menangkap tentera Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh, kata Ketua Tentera Iran, Amir Hatami.
Tanpa memberikan butiran mengenai lokasi atau garis masa pembunuhan atau penangkapan tentera AS akan berlangsung, beliau berkata, jumlah tawaran itu akan digandakan sekiranya ia dilakukan oleh wanita.
Amir turut mengulangi gesaan Iran supaya AS berundur dari Asia Barat, memandangkan mereka tidak lagi mendapat kebenaran untuk memasuki Teluk Parsi, Teluk Oman atau Selat Hormuz.
Setakat ini, tiada penempatan tentera darat AS yang dilaporkan di Iran sepanjang perang Asia Barat, kecuali misi menyelamat pada April lalu bagi membawa keluar seorang juruterbang tentera AS yang pesawatnya ditembak jatuh.
Dalam operasi menyelamat itu, tentera Iran merosakkan sebuah pesawat serangan darat A-10 yang kemudian terpaksa mendarat di wilayah sekutu.
