ISTANBUL – Tindakan Israel menolak pelan hala tuju bagi melengkapkan pelaksanaan rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menamatkan konflik Gaza, mendapat kecaman lapan negara.
Turkiye, Mesir, Indonesia, Jordan, Pakistan, Qatar, Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu mengecam penolakan Israel terhadap pelan hala tuju itu serta pendiriannya yang menolak penubuhan negara Palestin.
Dalam satu kenyataan bersama, menteri-menteri luar itu menyifatkan pendirian berkenaan merupakan “penolakan secara langsung” terhadap Pelan Komprehensif Trump untuk Menamatkan Konflik Gaza yang disokong menerusi Resolusi 2803 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut mereka, tindakan Israel menjejaskan pelaksanaan pelan berkenaan dan secara asasnya melemahkan usaha kolektif yang dilaksanakan bagi mencapai keamanan yang adil dan berkekalan, menurut para menteri.
Penolakan sedemikian mengesahkan bahawa Israel kini bertanggungjawab menghalang usaha membawa keamanan ke Gaza dan seluruh Wilayah Palestin yang Diduduki.
Mereka berkata pelan hala tuju yang diterima puak-puak Palestin itu merupakan hasil usaha meluas pihak pengantara termasuk Mesir, Qatar, Türkiye dan Amerika Syarikat, bersama Wakil Tinggi Gaza serta Lembaga Keamanan.
Para menteri memberi amaran bahawa penolakan pelan hala tuju itu merupakan keengganan jelas untuk meneruskan pelaksanaan rancangan Trump dan mengancam untuk menggagalkan usaha Amerika Syarikat bagi menamatkan perang serta mewujudkan keadaan bagi mencapai keamanan berkekalan.
Menteri -menteri turut menggesa pelan itu dilaksanakan sepenuhnya dan serta-merta bagi menangani situasi kemanusiaan di Gaza, memastikan keselamatan dan kestabilan serta membuka jalan kepada usaha pembinaan semula dan pemulihan.
Mereka menegaskan semula sokongan terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan mempunyai negara berdaulat, sambil menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menafikan atau menghalang penubuhan negara Palestin, termasuk menerusi tindakan unilateral.
Nnnn
“Keamanan y
