Ayob cadang struktur gred jawatan dibetulkan

KUALA LUMPUR 26 Julai – Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay, yang bersara hari ini berharap kerajaan memperbetulkan semula struktur gred perjawatan tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau yang berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan itu berkata, pada masa ini, jawatan Ketua Polis Negara, yang disandang oleh Mohd Khalid Ismail, adalah Gred Turus 2, manakala jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, gred JUSA A. Ayob Khan berkata, Gred JUSA A turut disandang oleh Pengarah Cawangan Khas dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA). “Saya…

Read More

BN tidak gadai prinsip perjuangan

SEPANG 26 Julai – Barisan Nasional (BN) tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan atau menerima naratif politik mana-mana pihak walaupun menjalinkan kerjasama pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan. Setiausaha Agungnya, Dr Zambry Abd Kadir, menegaskan persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan dalam pilihan raya ini tidak sekali-kali bermaksud BN akan menggadaikan prinsip perjuangannya atau menerima naratif politik mana-mana pihak. “BN akan terus menawarkan politik kesederhanaan, kestabilan dan perpaduan serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan formula kenegaraan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, institusi Raja-Raja Melayu,…

Read More

Tiru manifesto: BN nafi dakwaan PH

PORT DICKSON 26 Julai – Tidak berbangkit soal Barisan Nasional (BN) meniru atau ‘copy-paste’ manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan. Pengerusi BN,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan inti pati manifesto yang dibentangkan BN bukan sesuatu yang baharu, sebaliknya adalah hasil usaha berterusan parti itu sejak sekian lama. “Tidak timbul soal ‘copy-paste’ kerana dari 2004 hingga 2018, manifesto itu kami garapkan. Apa dilakukan sekarang ialah menambah baik daripada apa yang sudah sedia ada,” katanya. Ahmad Zahid sekali gus…

Read More

Berjasa lancar tekad dan wawasan DUN Nilai

SEPANG 26 Julai – Walaupun hanya bertanding satu kerusi, Berjasa turut melancarkan ‘manifesto’ dengan menggariskan lima tekad untuk ditawarkan kepada pengundi Nilai dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan kali ini. Pelancaran dokumen. ‘Tekad & Tawaran Zamani Ibrahim: Demi Rakyat DUN N.10 Nilai” itu disempurnakan oleh calon tunggal Berjasa, Zamani Ibrahim yang juga Presiden Berjasa di Nilai malam tadi. Dalam kenyataan medianya, Pengarah pilihan raya Berjasa, Mohd Fauzi Mohd Bashir berkata lima teras manifesto itu memfokuskan kepada bidang pendidikan, perumahan, pengangkutan, kesihatan dan perindustrian. “Ustaz Zamani Ibrahim…

Read More

Wabak Ebola meningkat mendadak

KINSHASA – Krisis kesihatan di Republik Demokratik Congo (DRC) semakin membimbangkan apabila wabak Ebola yang menular sejak Mei lalu terus menunjukkan peningkatan mendadak, dengan kematian melepasi 1,300 orang. Data terkini kerajaan menunjukkan hampir 3,000 kes jangkitan telah direkodkan setakat minggu ini, sekali gus menjadikan wabak berkenaan antara penularan Ebola paling pantas dalam sejarah. Pakar kesihatan memberi amaran, situasi di negara Afrika Tengah itu semakin sukar dikawal kerana wabak berkenaan melibatkan strain Bundibugyo, varian Ebola yang jarang ditemui dan masih belum mempunyai vaksin atau rawatan diluluskan. Keadaan bertambah rumit apabila penularan…

Read More

Menteri Pendidikan India letak jawatan

HYDERABAD – Susulan protes yang diterajui golongan belia berhubung kebocoran kertas peperiksaan serta tuntutan supaya reformasi pendidikan dilaksanakan, Menteri Pendidikan India, Dharmendra Pradhan mengumumkan peletakan jawatan. Pradhan mengumumkan peletakan jawatannya dalam kenyataan dimuat naik di platform X, petang semalam dan menyatakan, surat peletakan jawatan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi. “Mengambil kira situasi di Jantar Mantar dan kawasan lain di negara ini, selain bagi memastikan anasir antinasional tidak mengambil kesempatan, perpaduan negara terus terpelihara, masa depan pelajar tidak terjejas akibat kerumitan undang-undang, dan anak-anak kita dapat memberi…

Read More