Kalau tak suka pecat sajalah – Zahid

SEREMBAN 21 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata,  Anwar Ibrahim boleh memecat beliau dan semua menteri daripada BN sekiranya Perdana Menteri tidak menyukai mereka. Bagaimanapun beliau tidak melihat sebarang sebab untuk mana-mana daripada lapan menteri BN meletak jawatan, selepas Perdana Menteri mendakwa mereka yang menyerang rakan dalam kerajaan ketika kempen Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan harus berundur. “Lapan menteri daripada BN sedang berkhidmat sebagai menteri penuh dan tujuh timbalan menteri. Ini bukti kita adalah parti mempunyai pengalaman pentadbiran yang baik. “Itu sebabnya…

Read More

Lesen Network School Forest City dibatal

SEPANG  21 Julai – Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) membatalkan lesen perniagaan NS0 Malaysia Sdn Bhd (Network School) serta mengarahkan semua aktivitinya di Forest City dihentikan berkuat kuasa mulai esok, 22 Julai. Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, berkata kerajaan negeri menyokong sepenuhnya keputusan itu yang diputuskan dalam Mesyuarat Penuh Khas MBIP. Beliau berkata, tindakan itu dibuat mengikut proses dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa selepas penelitian terhadap laporan pemeriksaan, dapatan penguatkuasaan serta representasi yang dikemukakan pihak syarikat. “Tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil selepas aduan serta maklumat disahkan, pemeriksaan dijalankan,…

Read More

Stesen Sentral Seremban serba moden

SEREMBAN 21 Julai  – Stesen Sentral Seremban yang dijangka siap menjelang Mac tahun depan bakal menyediakan sebuah fasiliti pengangkutan serba moden, canggih dan kontemporari, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Katanya, dengan peruntukan RM100 juta, stesen tersebut tetap mengekalkan nilai warisan serta kebudayaan tempatan menerusi reka bentuk bumbung Minangkabau. “Projek ini adalah satu stesen moden yang akan menjadi mercu tanda baharu di tengah-tengah Bandaraya Seremban. “Ia direka bentuk sebagai ‘bangunan hijau’ yang memaksimumkan pencahayaan semula jadi, dilengkapi ruang komersial baharu serta mengintegrasikan projek Pembangunan Berasaskan Transit (TOD) Sentral Seremban di bahagian…

Read More

Sehari, tiap balai tangkap seorang penagih

KOTA BHARU 21 Julai – Mulai 15 Julai lalu, ketua balai di Kelantan perlu menahan sekurang-kurangnya seorang penagih, antara strategi baharu dalam usaha Polis Kelantan mengekang pengedaran dadah di negeri itu. Ketua Polis Kelantan,  Mohd Yusoff Mamat, berkata pelan strategi itu dilakukan lebih menyeluruh dan berfokus membabitkan semua peringkat. Katanya, di peringkat balai, ketua balai fokus kepada tangkapan penagih, di ibu pejabat polis daerah (IPD) pula membabitkan tangkapan pengedar serta tokan, manakala di peringkat IPK, membabitkan yang lebih besar seperti pembekal dadah. “Kita mempunyai 56 balai, takkan ketua balai tidak…

Read More

10 komitmen manifesto ‘Kekal Harapan’

SEREMBAN 21 Julai – Manifesto bertema ‘Kekal Harapan’ menggariskan 10 komitmen utama Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan Ke-16 yang dijadualkan 1 Ogos ini. Pengerusi PH Negeri Sembilan,  Aminuddin Harun; Timbalan Pengerusi PH, Anthony Loke dan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan,  MK Ibrahim Abd Rahman melancarkan manifesto itu di sini malam tadi. Komitmen berkenaan meliputi Mengekalkan Kerajaan Stabil, Bersih dan Mesra Rakyat; Memperkasa Skim Sejahtera Rakyat (SSR), Ekonomi Berdaya Saing dan Mewujudkan 30,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi; Pendidikan Berkualti Untuk Semua serta Membina 20,000…

Read More

Trump jamin Netanyahu tidak ditangkap

WASHINGTON – “Netanyahu tidak akan ditangkap dalam apa jua keadaan ketika berada di AS,” demikian jaminan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Trump menolak ancaman Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, untuk menangkap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, atas dakwaan jenayah perang sekiranya pemimpin itu berkunjung ke bandar raya berkenaan. Dalam satu hantaran di media sosial, Trump berkata Netanyahu tidak akan ditahan ketika berada di AS, sambil menyifatkan sekutu rapat Washington itu sebagai pihak yang telah membantu negara tersebut dalam konflik dengan Iran. Kenyataan itu menyusul pendirian Mamdani yang sebelum…

Read More

Visa umrah kemasukan berulang kali

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan visa umrah bagi kemasukan berulang kali yang sah selama 365 hari daripada tarikh dikeluarkan. Bagaimanapun, visa berkenaan tidak akan diaktifkan sepanjang musim haji, iaitu bermula 1 Zulkaedah hingga 13 Zulhijah. Langkah itu membolehkan pemegang visa memasuki negara itu beberapa kali dengan tempoh keseluruhan penginapan sehingga 90 hari, tertakluk kepada syarat serta peraturan yang ditetapkan. Langkah itu juga selaras dengan matlamat Wawasan Arab Saudi 2030 dan Program Pengalaman Jemaah yang bertujuan memudahkan urusan ketibaan jemaah, meningkatkan pengalaman menunaikan ibadah serta memperkukuh kecekapan…

Read More