Kerusi tidak ditandingi BN diumum ‘kawan’

SEREMBAN 15 Julai – Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan 25 daripada 36 calon yang akan bertanding mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan awal bulan depan. Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan ketika mengumumkan senarai itu berkata calon bagi baki 11 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan kemudian selepas ia dimuktamadkan. Ia membabitkan kerusi DUN Klawang, Serting, Lobak, Sikamat, Ampangan, Bukit Kepayang, Mambau, Paroi, Lukut, Bagan Pinang dan Gemas. Menurut beliau, akan ada pengumuman lain untuk kerusi yang masih kosong itu kerana…

Read More

Negeri Sembilan: UMNO 16, MCA 7, MIC 2

SEREMBAN 15 Julai – Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 26 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini. Pengerusi BN,  Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan demikian pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRU DN Negeri Sembilan di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini. Secara keseluruhan, UMNO bertanding di 16 kerusi manakala MCA (7) dan MIC (2). Pengerusi BN Negeri Sembilan, Mohamad Hasan dan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan,  Jalaluddin Alias kekal bertanding…

Read More

Bersatu guna simbol sendiri di Negeri Sembilan

PETALING JAYA  15 Julai – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), komponen Perikatan Nasional (PN) akan bertanding menggunakan simbol parti sendiri pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini. Presidennya, Muhyiddin Yassin, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersat, malam ini setelah Pas didakwa mengadakan rundingan politik dengan Barisan Nasional (BN) tanpa persetujuan PN. Pada masa yang sama PN juga katanyq gagal memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi PN bagi PRU DN Negeri Sembilan. Beliau berkata, Bersatu kesal dengan tindakan Pas mengadakan…

Read More

Tok Mat, Jalaluddin pertahan kawasan

SEREMBAN 15 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan. Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Rembau itu mengumumkan perkara tersebut pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRN itu di Medan Letak Kereta Stadium Paroi malam ini. Sementara, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias akan mempertahankan kerusi disandang beliau iaitu DUN Pertang. Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO sebelum ini mempertahankan kerusi Rantau pada…

Read More

Bersama tidak bersama PRU DN Negeri Sembilan

SEPANG 15 Julai – Selepas kali pertama menyertai pilihan raya dan hilang deposit di semua kerusi ditandingi di Johor, Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini. Sebaliknya parti itu akan memberi fokus kepada PRU DN Melaka yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Menurut kenyataan parti itu, terdapat beberapa perbezaan ketara antara Negeri Sembilan dan Johor , termasuk persaingan di antara PH dan BN adalah lebih sengit di Negeri Sembilan, termasuk faktor PH sebagai…

Read More

ADUN tunggal Amanah kekal sokong KM

AYER KEROH 15 Julai – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, mengekalkan sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri,  Ab Rauf Yusoh walaupun empat wakil rakyat DAP bertindak sebaliknya semalam. ADUN Bukit Katil itu berkata, tidak ada keperluan untuk beliau menarik sokongan terhadap Ab Rauf buat masa ini. “Buat masa ini memanglah kita tahu bahawa kita sebagai seorang ADUN, Ketua Menteri kita dia (Ab Rauf) seorang (sahaja) bukan ada ramai pun. Soal jawatan, saya nak letak jawatan apa? Saya tak ada jawatan apa-apa pun dalam kerajaan negeri ketika ini,”…

Read More

Jalankan amanah, tanggungjawab

JOHOR BAHRU 15 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi di Johor Bahru, hari ini. Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dalam pertemuan itu, Seri Paduka disembah maklum beberapa perkara, termasuk pentadbiran Kerajaan Johor selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) ke-16, Sabtu lalu. Baginda juga dipersembahkan mengenai hala tuju pentadbiran dan perancangan pembangunan negeri. “Sultan Ibrahim turut menzahirkan harapan agar Kerajaan Negeri Johor yang telah diberi mandat oleh rakyat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan…

Read More

Rujuk umrah, ziarah di laman sesawang

MAKKAH –  Masyarakat Islam yang berhasrat menunaikan umrah dan menziarahi Masjid Nabawi disaran supaya merujuk “Panduan Umrah dan Ziarah” yang tersedia di laman sesawang Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi Bahan rujukan berkenaan yang disediakan dalam 16 bahasa menyediakan maklumat berkaitan ibadah dan pengurusan bagi membantu jemaah membuat persediaan serta melaksanakan umrah dan ziarah dengan lancar dan tenang. Ia merangkumi setiap peringkat termasuk persediaan sebelum berlepas, urusan visa, syarat kemasukan, ihram, pelaksanaan ibadah, pengangkutan, ziarah ke Masjid Nabawi dan prosedur pulang. Orang ramai boleh mengakses panduan berkenaan menerusi laman sesawang…

Read More

AS sasar kemudahan industri Iran

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberi bayangan bahawa operasi ketenteraan terhadap Iran mungkin diperluaskan dalam masa terdekat dengan menyasarkan kemudahan industri dan tapak nuklear, selain sasaran semasa yang berkaitan dengan kawalan Iran terhadap Selat Hormuz. Trump berkata, siri serangan akan diteruskan dalam beberapa hari akan datang, sekali gus menandakan pendirian tegas Washington dalam konflik yang kembali memuncak selepas gencatan senjata sebelum ini gagal dipertahankan. Katanya, sasaran baharu yang sedang dipertimbangkan merangkumi kilang-kilang serta kemudahan nuklear di Iran. Pada masa ini, operasi ketenteraan Amerika Syarikat (AS) tertumpu kepada sasaran yang dikaitkan…

Read More