Negeri Sembilan: UMNO 16, MCA 7, MIC 2

SEREMBAN 15 Julai – Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 26 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini.

Pengerusi BN,  Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan demikian pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRU DN Negeri Sembilan di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Secara keseluruhan, UMNO bertanding di 16 kerusi manakala MCA (7) dan MIC (2).

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Mohamad Hasan dan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan,  Jalaluddin Alias kekal bertanding di kerusi yang disandang mereka masing-masing di DUN Rantau dan DUN Pertang.

Sepuluh lagi penyandang daripada UMNO turut diberi kepercayaan mempertahankan kerusi yang diwakili mereka.

Bagaimanapun, Datuk Ismail Lasim yang sebelum ini mewakili DUN Senaling dipindahkan bertanding di DUN Juasseh, susulan penyandangnya, Datuk Bibi Sharliza Mohd Khalid, tidak dicalonkan semula.

Tiga calon baharu UMNO ditampilkan iaitu Mohamad Qayyum Abd Jalil (Senaling), Siti Nur Umaira Hasim (Labu) dan S Leza Md Yasin (Pilah).

Berikut senarai 25 nama diumumkan malam ini:

N01 CHENNAH: Siow Kong Choon (MCA)

N02 PERTANG: Datuk Seri Jalaluddin Alias (UMNO) (Penyandang)

N03 SUNGAI LUI: Datuk Mohd. Razi Mohd Ali (UMNO) (Penyandang)

N06 PALONG: Datuk Mustapha Nagoor (UMNO) (Penyandang)

N07 JERAM PADANG: Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (UMNO) (Penyandang)

N08 BAHAU: Ah Chong Fui Ming (MCA)

N09 LENGGENG: Datuk Mohd. Asna Amin (UMNO) (Penyandang)

N10 NILAI: Lai Chien Kong (MCA)

N12 TEMIANG: Leaw Kok Chan (MCA)

N15 JUASSEH: Datuk Ismail Lasim (UMNO) (Penyandang)

N16 SERI MENANTI: Muhammad Sufian Maradzi (UMNO) (Penyandang)

N17 SENALING: Mohamad Qayyum Abd Jalil (UMNO) (Muka baharu)

N18 PILAH: Lisa Mat Yassin (UMNO)

N19 JOHOL: Datuk Saiful Yazan Sulaiman (UMNO) (Penyandang)

N20 LABU: Siti Nur Umairah Hashim (UMNO)

N22 RAHANG: Yap Siok Moy (MCA)

N24 SEREMBAN JAYA: T Rajagopalu (MIC)

N26 CHEMBONG: Datuk Zaifulbahri (UMNO) (Penyandang)

N27 RANTAU: Datuk Seri Mohamad Hasan (UMNO) (Penyandang)

N28 KOTA: Suhaimi Aini (UMNO) (Penyandang)

N29 CHUAH: Pau Juoy Chin (MCA)

N32 LINGGI: Datuk Mohd Faizal Ramli (UMNO)(penyandang)

N33 SRI TANJUNG: A Achutan (MIC)

N34 GEMENCHEH: Suhaimizan Bizar (UMNO) (Penyandang)

N36 REPAH Koh Kim Swee (MCA)

Related posts

Leave a Comment