Bersama tidak bersama PRU DN Negeri Sembilan

SEPANG 15 Julai – Selepas kali pertama menyertai pilihan raya dan hilang deposit di semua kerusi ditandingi di Johor, Parti Bersama Malaysia (Bersama) tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

Sebaliknya parti itu akan memberi fokus kepada PRU DN Melaka yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menurut kenyataan parti itu, terdapat beberapa perbezaan ketara antara Negeri Sembilan dan Johor , termasuk persaingan di antara PH dan BN adalah lebih sengit di Negeri Sembilan, termasuk faktor PH sebagai kerajaan negeri.

Di samping itu, keputusan di Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Dalam PRU DN Johor, Bersama yang diasaskan bersama bekas timbalan presiden PKR Rafizi Ramli bertanding di 15 kerusi dan tewas semuanya.

Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, Bersama berpendapat adalah lebih strategik agar fokus Bersama beralih kepada PRN Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang.

“Oleh itu, Bersama tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.

“Mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada hari Selasa, 21 Julai untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal,” kata kenyataan itu lagi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment