Kerusi tidak ditandingi BN diumum ‘kawan’

SEREMBAN 15 Julai – Barisan Nasional (BN) malam ini mengumumkan 25 daripada 36 calon yang akan bertanding mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan awal bulan depan.

Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan ketika mengumumkan senarai itu berkata calon bagi baki 11 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diumumkan kemudian selepas ia dimuktamadkan.

Ia membabitkan kerusi DUN Klawang, Serting, Lobak, Sikamat, Ampangan, Bukit Kepayang, Mambau, Paroi, Lukut, Bagan Pinang dan Gemas.

Menurut beliau, akan ada pengumuman lain untuk kerusi yang masih kosong itu kerana BN membuat persefahaman dengan ‘kawan’ yang boleh dipercayai pada pilihan raya kali ini.

“Seperti disebut Datuk Seri Presiden atau Pengerusi BN (Dr Ahmad Zahid Hamidi) tadi, bahawa akan ada pengumuman lain kerana kita memasuki PRN Ke-16 ini, kita akan buat persefahaman dengan kawan.

“Tetapi jangan risau, kita tiada persefahaman dengan Linggi, kita buat persefahaman dengan rakan yang boleh dipercayai, insya-Allah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pas bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti itu dapat dimuktamadkan.

Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang, dipetik berkata rundingan antara kedua-dua pihak berhubung pembahagian kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan akan ditandingi, sedang berlangsung dan disifatkan sebagai sangat positif.

Bagaimanapun Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu tiada sebarang perjanjian dengan Pas berhubung PRU DN kecuali persefahaman sesama parti saja.

Pengerusi BN itu juga mengesahkan UMNO tidak pernah memuktamadkan perbincangan dengan Pas termasuk mengenai kerusi bakal ditandingi pada PRN berkenaan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment