SEREMBAN 15 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan.
Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Rembau itu mengumumkan perkara tersebut pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRN itu di Medan Letak Kereta Stadium Paroi malam ini.
Sementara, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias akan mempertahankan kerusi disandang beliau iaitu DUN Pertang.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO sebelum ini mempertahankan kerusi Rantau pada 2023 selepas memperoleh 16,957 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Rozmal Malakan yang meraih 6,677 undi dengan majoriti 10,280 undi.
Beliau menyandang kerusi DUN Rantau sejak 2004 dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan antara 2004 hingga 2018.
Jalaluddin pula adalah Ahli Parlimen Jelebu selama dua penggal pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang antara 2013 hingga 2018 sebelum dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Negeri 2023 dan menang.
