Day: June 4, 2026
Resolusi Kuasa Perang lulus
WASHINGTON – Satu resolusi yang bertujuan mengehadkan kuasa Presiden Donald Trump untuk melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Iran tanpa kelulusan Kongres diluluskan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS). Resolusi Kuasa Perang itu yang diketuai Parti Demokrat diluluskan dengan undian 215 menyokong berbanding 208 menolak, dengan empat ahli Republikan bertindak melangkaui garis parti untuk menyokong usul berkenaan bersama Demokrat. Langkah tersebut mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat dalam kalangan anggota Kongres, termasuk daripada Parti Republikan sendiri, terhadap peningkatan konflik antara AS dan Iran. Resolusi itu bertujuan memastikan sebarang tindakan ketenteraan lanjut terhadap Iran hanya…
Read MoreSembilan maut akibat serangan Israel
BEIRUT – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam siri serangan udara Israel di selatan Lubnan pada Rabu, yang turut melibatkan dua anggota paramedik selepas ambulans mereka disasarkan dalam serangan di kawasan Chehour. Menurut pihak berkuasa tempatan, serangan dilakukan ketika kumpulan bersenjata Hezbollah yang disokong Iran melancarkan roket ke arah utara Israel. Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan sebuah kenderaan turut diserang berhampiran selatan Beirut. Tentera Israel pula memaklumkan bahawa mereka berjaya memintas sebuah dron dan dua peluru yang melintasi sempadan, dipercayai dilancarkan dari Lubnan. Hezbollah menyatakan bahawa serangan tersebut menyasarkan kumpulan tentera Israel.…
Read More