Penyandang DUN Endau keluar Bersatu

MERSING 4 Jun – Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib, mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Bersatu dan seterusnya meninggalkan parti itu, berkuat kuasa serta-merta.

Alwiyah yang berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN itu selama dua penggal berturut-turut sejak 2018, turut mengesahkan untuk kembali bersama UMNO.

Katanya , keputusan itu tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya
ia dibuat selepas beliau mengambil kira beberapa aspek demi kebaikan dan masa depan DUN Endau.

Bagaimanapun, pendirian saya kekal untuk terus berkhidmat dan memelihara kebajikan di DUN Endau,” katanya dalam satu kenyataan.

Alwiyah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Johor menekankan bahawa beliau percaya tindakannya itu antara lain adalah demi kelangsungan dan masa depan lebih baik, selain terus memperkukuhkan aspek penyatuan bagi DUN Endau.

Dalam kenyataan sama, beliau yang dilantik sebagai Ketua Bersatu Bahagian Mersing pada Mac lalu, turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak, terutama pengundi di DUN Endau sepanjang tempohnya berkhidmat.

Kali pertama Alwiyah memenangi kerusi DUN Endau adalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2018 atas tiket Barisan Nasional (BN) yang kemudiannya pada Mei 2018, beliau bersama beberapa ADUN Johor mengumumkan keluar UMNO dan menyertai Bersatu.

Pada PRN 2022, Alwiyah berjaya mempertahankan kerusi DUN Endau atas tiket Perikatan Nasional (PN-Bersatu) dengan majoriti 3,041 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Nnn

Related posts

Leave a Comment