Sambut baik naik Sara tetapi….

JELEBU 23 Julai – Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk meningkatkan bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanapun mempersoal waktu pengumuman itu dibuat iaitu ketika kempen pilihan raya Negeri Sembilan sedang berlangsung.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, sebarang tambahan bantuan kepada rakyat wajar dialu-alukan, tetapi beliau menggesa pengundi supaya menilai keadaan di sebalik pengumuman tersebut.

“Jika kerajaan mahu menambah bantuan Sara, tambahlah. Kalau digandakan sekalipun, alhamdulillah. Jika lebih banyak bantuan diberikan kepada rakyat, kita bersyukur.

“Tetapi rakyat perlu sedar apabila pengumuman seperti ini dibuat ketika pilihan raya sedang berlangsung, ia memberi gambaran bahawa individu yang membuat pengumuman itu sedang menggunakan peluang untuk meraih keuntungan politik,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kenaikan kadar Sara  dalam tempoh terdekat yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Ceramah Jelajah Kekal Harapan di Paroi, dekat sini malam tadi.

Hamzah berkata, pengundi perlu menilai pengumuman seperti itu dengan teliti dan tidak mudah dipengaruhi semata-mata oleh janji-janji yang dibuat ketika musim pilihan raya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment