JAKARTA – Kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini menjadi milik Indonesia. Ketua Staf Presiden (KSP), M Qodari, berkata, perubahan itu adalah hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia. Pada masa yang sama, penyelesaian sempadan itu turut menyebabkan kawasan seluas 4.9 hektar, di Indonesia kini termasuk dalam wilayah Malaysia. “Kepantasan menangani isu ini menyaksikan penyelesaian penegasan batas darat wilayah negara Indonesia dan Malaysia di Pulau Sebatik,” katanya dalam sidang media di Kompleks Istana Kepresidenan. Beliau turut menegaskan bahawa Kementerian…
Read MoreDay: April 16, 2026
Berita pilihan….
Sekatan terhadap pembeli minyak Iran
WASHINGTON – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent memberi amaran akan mengenakan sekatan terhadap pembeli minyak Iran termasuk bank China yang mengendalikan bayaran. “Kami sudah beritahu negara-negara: jika anda beli minyak Iran atau menyimpan wang Iran di bank anda, kami bersedia mengenakan sekatan tambahan,” kata Bessent, kepada wartawan di Rumah Putih. AS juga percaya China yang sebelum ini membeli lebih 80 peratus minyak Iran yang dieksport akan menghentikan sementara pembelian itu ketika Washington menguatkuasakan sekatan maritim ke atas Iran. “Kami percaya sekatan ini akan menyebabkan China menghentikan sementara pembelian.…
Read More2,000 kapal, 20,000 pelaut terkandas
TEHRAN – Hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal dilaporkan terkandas di Selat Hormuz, susulan krisis di Asia Barat. Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan pihaknya sedang menyiapkan pelan kecemasan bagi memindahkan pelaut dan kapal yang terkandas. Setiausaha Agung IMO, Arsenio Dominguez, berkata proses pemindahan itu tidak boleh dilaksanakan serentak kerana ia memerlukan penyelarasan rapi antara negara. Ini kerana Selat Hormuz hanya kira-kira 30 kilometer lebar dan risiko keselamatan masih tinggi. Kira-kira 45 hari selepas Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengisytiharkan selat itu ditutup, aliran kapal masih belum pulih sepenuhnya walaupun gencatan…
Read More