2,000 kapal, 20,000 pelaut terkandas

TEHRAN – Hampir 20,000 pelaut dan kira-kira 2,000 kapal dilaporkan terkandas di Selat Hormuz, susulan krisis di Asia Barat.

Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan pihaknya sedang menyiapkan pelan kecemasan bagi memindahkan pelaut dan kapal yang terkandas.

Setiausaha Agung IMO, Arsenio Dominguez, berkata proses pemindahan itu tidak boleh dilaksanakan serentak kerana ia memerlukan penyelarasan rapi antara negara.

Ini kerana Selat Hormuz hanya kira-kira 30 kilometer lebar dan risiko keselamatan masih tinggi.

Kira-kira 45 hari selepas Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengisytiharkan selat itu ditutup, aliran kapal masih belum pulih sepenuhnya walaupun gencatan senjata dua minggu sedang berkuat kuasa.

Trafik kini hanya sebahagian kecil berbanding lebih 130 pergerakan kapal sehari sebelum perang.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment