Perang terhadap Iran hampir berakhir

WASHINGTON – Presiden Donald Trump, mengesahkan bahawa operasi ketenteraan terhadap Iran hampir berakhir manakala pusingan kedua rundingan akan diadakan dalam beberapa hari akan datang.

Dalam satu temu bual bersama Fox News, Presiden AS itu memaklumkan penamatan operasi ketenteraan berkenaan.

Menurut hantaran di Instagram oleh wartawan Fox News, Maria Bartiromo, ketika menjawab soalan sama ada perang di Iran telah berakhir, Trump menyatakan bahawa ia sememangnya sudah berakhir.

“Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden. Beliau banyak bercakap mengenai ekonomi, perang dengan Iran dan NATO. Saya akan petik satu kenyataan beliau.

“Saya bertanya kepadanya: ‘Anda selalu bercakap mengenai perang ini seolah-olah ia sudah berlalu. Adakah ia sudah berakhir?’

Beliau menjawab: ‘Sudah berakhir,'” kata wartawan itu sambil menyatakan temu bual penuh bersama Trump akan diterbitkan pada Rabu.

Related posts

Leave a Comment