PUTRAJAYA 15 April – Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan harga runcit diesel dan petrol RON95 tanpa subsidi turun mulai esok 16 April hingga 22 April susulan penurunan harga pasaran antarabangsa. Dalam satu kenyataan, MoF memaklumkan harga diesel tanpa subsidi turun 75 sen iaitu kepada RM5.97 seliter, berbanding RM6.72 seliter minggu lalu manakala harga runcit RON95 turun 25 sen kepada RM4.02 seliter, berbanding RM4.27. Harga RON97 juga turun sebanyak 25 sen kepada RM5.10 seliter berbanding RM5.35 seliter. Selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) untuk minggu ini, harga runcit diesel di Semenanjung…
Read MoreDay: April 15, 2026
PH-BN runtuhkan kepercayaan rakyat
SEPANG 15 April – Gabungan PH-BN akan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-16 bukan disebabkan kekuatan serangan pihak lawan sebaliknya mereka sendiri yang meruntuhkan kepercayaan rakyat, kata Presiden Putra Dr Ibrahim Ali. Katanya, mereka sendiri mengkhianati harapan yang pernah mereka jual dan memusnahkan nama mereka dengan tangan sendiri. “Hari ini rakyat sudah nampak formula sebenar kerajaan ini, kuat menipu, lemah mentadbir, kuat berjanji, lemah menunaikan, kuat menjaga imej, lemah menjaga hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengingatkan dalam politik, kerajaan tidak tumbang hanya kerana orang marah sehari dua sebaliknya…
Read MoreIndonesia tanggung peningkatan kos haji
JAKARTA – Susulan peningkatan kos perjalanan ibadah haji bagi 2026, pemerintah Indonesia mengambil langkah menyerap kenaikan mendadak itu yang disebabkan lonjakan harga minyak sejagat dan risiko geopolitik di Asia barat. Menteri Haji dan Umrah, Mochamad Irfan Yusuf, berkata jumlah keseluruhan kos berkaitan haji meningkat 26.5 peratus atau 1.77 trilion rupiah (hampir RM408 juta), daripada 6.69 trilion rupiah (RM1.54 bilion) kepada 8.46 trilion rupiah (RM1.95 bilion). “Kenaikan ini sebahagian besarnya disebabkan peningkatan harga minyak mentah yang memberi kesan langsung kepada kos penerbangan jemaah haji, serta caj tambahan berkaitan risiko,” katanya dalam…
Read MoreBerita pilihan…
Perang terhadap Iran hampir berakhir
WASHINGTON – Presiden Donald Trump, mengesahkan bahawa operasi ketenteraan terhadap Iran hampir berakhir manakala pusingan kedua rundingan akan diadakan dalam beberapa hari akan datang. Dalam satu temu bual bersama Fox News, Presiden AS itu memaklumkan penamatan operasi ketenteraan berkenaan. Menurut hantaran di Instagram oleh wartawan Fox News, Maria Bartiromo, ketika menjawab soalan sama ada perang di Iran telah berakhir, Trump menyatakan bahawa ia sememangnya sudah berakhir. “Saya baru sahaja bercakap dengan Presiden. Beliau banyak bercakap mengenai ekonomi, perang dengan Iran dan NATO. Saya akan petik satu kenyataan beliau. “Saya bertanya…
Read More2 kapal tangki minyak dihalang keluar Iran
WASHINGTON – Dua kapal tangki minyak yang dilaporkan berlepas dari pelabuhan Chabahar di Teluk Oman dihalang meninggalkan Iran semalam. Sebuah kapal pemusnah milik Amerika Syarikat (AS) menghalang dua kapal itu, sehari selepas sekatan laut yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump, mula berkuat kuasa. Kedua-dua kapal itu dihubungi oleh kapal perang AS melalui komunikasi radio dan diarahkan berpatah balik. Perkembangan itu memperincikan pelaksanaan awal sekatan yang bertujuan memberi tekanan kepada Iran supaya membuka semula Selat Hormuz iaitu laluan strategik yang mengendalikan kira-kira 20 peratus perdagangan minyak dunia. Dua kapal tangki itu…
Read More