Jentera kempen lemah punca tewas

SANDAKAN 21 Nov. – Kelemahan jentera kempen dan peratusan keluar mengundi yang rendah antara faktor Pakatan Harapan (PH) gagal menawan Melaka  dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

Justeru Setiausaha Agung DAP,  berharap kelemahan berkenaan diteliti secara mendalam dan segera diperbaiki.

“Dari segi jentera kita lemah dan itu adalah sesuatu yang harus kita perbaiki. Faktor yang penting ialah peratusan keluar undi kali ini telah turun sebanyak 20 peratus daripada 85 kepada 65 peratus.

“Inipun telah mempengaruhi keputusan kerana sekiranya peratusan undi dapat ditingkatkan saya rasa tak perlu capai 20 peratus kalau 15 peratus pun dah cukup membolehkan kita menang,” katanya pada sidang media dalam Konvensyen Biasa DAP Sabah, di sini hari ini.

Menurutnya, persempadanan pilihan raya turut menjadi faktor kemenangan besar pihak seteru mereka, Barisan Nasional (BN) dalam PRN terbabit.

Selain itu, larangan berceramah dan bertemu pengundi seperti kebiasaan turut menjadi faktor kekalahan PH.

Bagaimanapun di sebalik kekalahan itu, Guan Eng berkata, pihaknya berbangga dengan kemenangan empat kerusi DAP.

Jumlah majoriti kemenangan di empat kerusi berkenaan sangat besar dan kekalahan di empat kerusi yang ditandingi pula sangat rendah majoritinya.

“Kalau kita lihat untuk banyak kerusi bahawa kemenangan adalah tipis macam untuk DAP yang empat kerusi yang kita menang majoriti dia besarlah sekurang-kurangnya enam ribu hingga sebelas ribu empat kerusi yang kita menang.

“Empat kerusi yang kita kalah majoriti dia agak tipis iaitu diantara yang paling kecil 131 hingga seribu lebih,” katanya..

Related posts

Leave a Comment