Diesel: Urus negara tanpa bebankan rakyat

SEPANG 26 Mac  – Parti Putra mencadangkan satu dasar jelas, menggunakan lebihan hasil minyak untuk melindungi rakyat melalui “Windfall Allocation Rule”, di mana sekurang-kurangnya 30 peratus disalurkan kepada penstabilan harga diesel. Presiden Putra, Ibrahim Ali berkata, subsidi mesti bersasar kepada sektor yang menggerakkan ekonomi rakyat seperti logistik makanan, petani, nelayan dan perusahaan kecil, dengan kawalan ketat melalui sistem kad, kuota dan pemantauan digital bagi menghentikan ketirisan. Di samping itu kerajaan juga mesti menetapkan julat harga diesel yang stabil supaya rakyat tidak terus terdedah kepada kejutan pasaran global setiap kali harga…

Read More

Rasuah RM9.5 juta: PN minta siasatan segera

SEPANG 26 Mac – Perikatan Nasional (PN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan menyeluruh, bebas dan telus terhadap dakwaan Ahli Parlimen PKR menerima rasuah bernilai hampir RM10 juta. Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan, berkata siasatan segera itu perlu dibuat tanpa selindung bagi memastikan kebenaran ditegakkan tanpa campur tangan mana-mana pihak atau individu. Pada masa sama, PN juga, menggesa kerajaan, terutama kepemimpinan PKR memberikan penjelasan segera kepada rakyat, selain bekerjasama penuh dalam siasatan dijalankan. “Kegagalan menangani dakwaan ini secara terbuka dan berintegriti hanya akan…

Read More

Situasi di Gaza tidak boleh berulang di Lubnan

BEIRUT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran bahawa situasi di Gaza tidak boleh berulang di Lubnan. Beliau berkata Hizbullah perlu menghentikan serangan ke atas Israel, manakala Israel juga mesti menghentikan operasi ketenteraan dan serangan di Lubnan yang memberi kesan besar kepada orang awam. Semalam, Hizbullah berkata pihaknya melancarkan lebih 80 serangan terhadap Israel iaitu jumlah terbesar yang didakwa kumpulan yang disokong Iran itu sejak permulaan perang terbaharu. Ia juga menyatakan sudah menyerang tentera Israel di sembilan bandar sempadan. Dalam usaha menamatkan pertempuran, Presiden Lubnan, Joseph…

Read More

Selesema burung, 22,000 unggas dilupus

NEW DELHI – Lebih 22,000 unggas dilupuskan pihak berkuasa di negeri Chhattisgarh, tengah India, susulan penularan wabak Avian Influenza (selesema burung). Selesema burung ialah penyakit pernafasan yang amat berjangkit dalam kalangan unggas, disebabkan oleh virus H5N1 dan dalam kes tertentu boleh menjangkiti manusia. Wabak itu melanda kawasan Koni di Daerah Bilaspur, kira-kira 128 kilometer (km) di utara Raipur, ibu negeri Chhattisgarh. Menurut pegawai, kira-kira 4,744 ekor ayam daripada 5,037 yang diternak di sebuah ladang ternakan milik kerajaan mati, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk daerah itu dan kawasan sekitarnya, mendorong pihak…

Read More

Mafia korporat’ heret sengketa Ramanan, Rafizi

PUTRAJAYA 25 Mac  – Bekas Timbalan Presiden PKR,  Rafizi Ramli akan mendedahkan siapa ‘Mr R’ yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen (MP) PKR yang didakwa meminta ahli perniagaan Victor Chin menyediakan wang tunai RM10 juta bagi menyelesaikan skandal ‘mafia korporat’. Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, berdasarkan maklumat oleh Victor, beliau boleh menamakan terus identiti ‘Mr R’ , namun isu yang lebih besar ketika ini adalah dakwaan ahli perniagaan itu membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR. Beliau mendakwa, disebabkan umum tidak mempunyai akses kepada dokumen 40 muka surat yang dikemukakan…

Read More

RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter

PUTRAJAYA 25 Mac  – Kerajaan mengekalkan harga petrol RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter bagi memastikan rakyat terus dilindungi daripada tekanan kenaikan kos bahan api walaupun harga minyak mentah global melonjak lebih 40 peratus sehingga melepasi AS$100 setong susulan krisis Asia Barat. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataannya berkata, pada masa sama kerajaan akan melaksanakan pelarasan harga bahan api lain secara berperingkat selaras dengan trend kenaikan harga global sejak penghujung Februari 2026. “Selaras dengan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 26 Mac hingga 1 April 2026…

Read More

Dr Mahathir kembali ke pejabat

PUTRAJAYA 25 Mac – Selagi boleh… tulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Facebooknya beserta rakan video. Beliau kembali memulakan tugas di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini hari ini, selepas menjalani tempoh pemulihan kesihatan yang panjang sejak awal tahun ini. Kehadiran negarawan berusia 100 tahun itu disambut kakitangan yayasan serta para pegawainya. Kepulangan beliau ke pejabat ini menyusuli siri rawatan intensif di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Januari lalu akibat kecederaan tulang pinggul yang dialaminya. Beliau dilaporkan telah menjalani prosedur pembedahan serta fasa fisioterapi yang…

Read More

MIC kekal bersama BN

KUALA LUMPUR 25 Mac – MIC memutuskan untuk kekal bersama Barisan Nasional (BN) susulan perubahan kepemimpinan dalam Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini, kata Timbalan Presiden, Datuk Seri M Saravanan. Beliau berkata, apabila keputusan untuk meneroka potensi kerjasama dengan PN dibuat semasa Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) parti tahun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih lagi Pengerusi PN. Bagaimanapun kata Saravanan MIC perlu menilai semula sentimen masyarakat India sebelum membuat sebarang keputusan, susulan pelantikan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN bulan lalu. “Pada ketika itu, ahli kami…

Read More