SEPANG 27 Mac – Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin memohon agar satu Sidang Khas Dewan Rakyat dipanggil dalam kadar segera bagi membincangkan implikasi konflik di Iran terhadap Malaysia dan ekonomi global. Beliau berkata, permohonan itu dibuat susulan pelbagai persoalan dan reaksi yang diterima dalam kalangan rakyat selepas pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semalam. “Saya telah mengutuskan surat rasmi kepada YAB Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan untuk memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat mengikut Perkara 11(3) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam kadar segera bagi membolehkan implikasi peperangan di Iran, serta kesannya terhadap…
Read MoreMonth: March 2026
Berita pilihan…
Sejuta sedia hadapi serangan darat
TEHRAN – Lebih sejuta anggota tentera digerakkan sebagai persediaan Iran menghadapi kemungkinan serangan darat Amerika Syarikat (AS), Spekulasi mengenai potensi “kesilapan bersejarah” Washington melancarkan pencerobohan dari bahagian selatan Iran dikatakan telah mencetuskan gelombang kesediaan dalam kalangan pejuang darat negara itu. Menurut sumber, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dan tentera Iran menerima kemasukan permohonan besar-besaran daripada golongan belia yang mahu menyertai pertahanan negara. “Jika AS memilih taktik bunuh diri untuk membuka Selat Hormuz, kami sudah bersedia. Sama ada mereka mahu melaksanakan strategi itu atau biarkan selat terus ditutup, keputusan di tangan…
Read MoreIran perunding hebat, bukan bodoh
WASHINGTON – Presiden Amerika ASyarikat (AS), Donald Trump, memberi bayangan yang beliau tidak pasti sama ada AS bersedia mencapai perjanjian dengan Iran, walaupun mendakwa Tehran berminat untuk berunding. Dalam mesyuarat Kabinet di Rumah Putih, Trump dilaporkan berkata Iran ‘bukan bodoh’ dan adalah perunding yang bijak. “Iran adalah perunding hebat dan mereka ‘merayu’ untuk mencapai persetujuan. Saya tidak tahu sama ada kita boleh melakukannya. Saya juga tidak pasti sama ada kita bersedia untuk berbuat demikian,” katanya. Dalam hantaran di platform Truth Social, Trump menyifatkan perunding Iran sebagai ‘berbeza dan pelik’ serta…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 27.03.2026
Apa mekanisme bantu golongan 10 peratus
KUALA LUMPUR 26 Mac – “Siapa 10 peratus yang terpaksa terjejas kehidupannya?” itu persoalan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh berhubung pelarasan kuota BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter tidak menjejaskan 90 peratus rakyat. Dr Akmal menegaskan kerajaan tidak boleh membiarkan golongan tersebut bergantung kepada angka dan menyesuaikan diri dengan pelarasan kuota yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru beliau menggesa kerajaan memperjelas mekanisme khas bagi membantu golongan 10 peratus yang terjejas susulan pelarasan kuota BUDI95 itu. “Saya memahami keperluan kerajaan untuk mengurus subsidi secara lebih tersasar…
Read MoreKuota BUDI95 diturunkan mulai 1 April
PUTRAJAYA 26 Mac – Mulai 1 April ini, kerajaan akan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat dalam usaha memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia. Katanya, penyelarasan itu tidak menjejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan. “Kita dapati, purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter, maknanya majoriti…
Read MoreRM9.5 juta ‘yuran perkhidmatan’ bukan ‘kaw tim’
SEPANG 26 Mac – Ahli perniagaan, Victor Chin mendakwa bayaran RM9.5 juta, yang dipercayai disalurkan kepada kumpulan mafia korporat bukannya rasuah sebaliknya ‘yuran perkhidmatan’ yang dibuat dalam situasi ekstrem bagi menghentikan permusuhan terhadap individu-individu yang dipercayai ada kaitan dengannya. Dalam satu kenyataan, beliau berkata bayaran itu bukan dibuat untuk ‘kaw tim’ dengan mana-mana agensi penguatkuasaan atau menutup sebarang siasatan dan menyelesaikan dakwaan salah laku terhadapnya. Beliau dimaklumkan, pembayaran itu akan disalurkan kepada kumpulan mafia korporat bagi memuaskan hati mereka, menghentikan tindakan permusuhan terhadap mereka di sekelilingnya dan memberi beliau peluang…
Read MoreBUDI Diesel Agro Komoditi naik RM100
PUTRAJAYA 26 Mac – Berkuat kuasa mulai 17 Mac lalu, kerajaan telah menaikkan bantuan tunai secara interim bagi penerima BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi sebanyak RM100 menjadikan RM300. Menurut Kementerian Kewangan (MoF), langkah ini bagi membantu meringankan beban pengguna diesel susulan kenaikan harga minyak global. Semalam MoF dalam kenyataannya berkata, kerajaan kekal komited untuk melindungi kesejahteraan rakyat dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu. Kerajaan akan terus memastikan manfaat dikembalikan kepada rakyat dengan melindungi mereka daripada tekanan kenaikan kos bahan api. Antara langkah yang diambil bagi melindungi…
Read MoreNasihat Seri Paduka hadapi cuaca panas
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun ini. Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menekankan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang tempoh berkenaan. Sultan Ibrahim turut bertitah supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius berkenaan perkara itu bagi memastikan kesihatan murid serta pelajar tidak terjejas berikutan fenomena…
Read More