Pakistan paling tercemar pada 2025

DOHA – Pakistan menjadi negara paling tercemar di dunia pada 2025 apabila mencatatkan kepekatan zarah halus berbahaya dalam udara yang dikenali sebagai PM2.5, mencecah sehingga 13 kali ganda lebih tinggi daripada tahap yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Bangladesh dan Tajikistan masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga dalam senarai negara paling tercemar manakala Chad, yang secara statistik adalah negara paling berasap pada 2024, berada di tempat keempat pada 2025. Zarah PM2.5 dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada kelahiran pramatang, manakala pendedahan berpanjangan turut dikaitkan dengan peningkatan…

Read More

Kapal bukan musuh boleh lalui Selat Hormuz

TEHRAN – Iran membenarkan kapal tangki minyak berstatus ‘bukan musuh’ melalui Selat Hormuz, dengan syarat mematuhi peraturan keselamatan dan berkoordinasi dengan pihak berkuasa Tehran. Menurut kenyataan Kementerian Luar Iran kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Ahad lalu dan diedarkan kepada negara anggota dan badan bukan kerajaan (NGO) semalam, Selat Hormuz selamat untuk kapal bukan musuh. Bagaimanapun, Tehran memberi amaran bahawa kemudahan itu tidak terpakai kepada aset yang mempunyai kaitan dengan pihak yang dianggap sebagai ‘penceroboh’ iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bertindak memulakan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu.…

Read More

Solat sunat istisqa’ mohon hujan

PUTRAJAYA 24 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, meminta umat Islam melaksanakan solat sunat istisqa’ untuk memohon rahmat hujan susulan cuaca panas dan kering ketika ini. Katanya, usaha itu wajar dilakukan berterusan sebagai tanda keinsafan dan kebergantungan pada Allah SWT. “Semoga segala doa dan munajat yang dipanjatkan itu diterima serta dimakbulkan oleh Allah SWT, dan dikurniakan hujan yang membawa keberkatan kepada seluruh alam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Sementara itu, Kerajaan Kedah akan menganjurkan solat sunat istisqa’ di seluruh daerah pada Khamis…

Read More

Bersatu disaran bersama UMNO

SEPANG 24 Mac – Veteran UMNO Mohd Yussof Latiff menyarankan pimpinan dan ahli Bersatu kembali kepada UMNO yang kini membuka pintunya kepada bekas-bekas ahli sama ada yang dipecat, digantung atau meninggalkan UMNO. Katanya, pemimpin Bersatu perlu melupakan sengketa lalu dan berpaut kembali kepada tunjang di mana mereka berasal iaitu UMNO manakala pemimpin-pemimpin UMNO sekarang perlu juga melihat scenario yang lebih besar dan penting. “Keluarlah daripada kepompong mementingkan diri dan kroni. Kembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO dengan memperlihatan penyatuan dan silaturahim yang ikhlas sempena Aidilfitri dengan bermaaf-maafan dalam kalangan pemimpin-pemimpin…

Read More

Korea Utara kekal status negara nuklear

SEOUL – Korea Utara tidak akan mengubah statusnya sebagai negara bersenjata nuklear, mengambil iktibar daripada apa yang berlaku kepada Iran, tegas Presiden Kim Jong-un. Beliau membuat kenyataan itu sehari selepas beliau dilantik semula sebagai ketua badan pembuat dasar tertinggi negara iaitu Suruhanjaya Hal Ehwal Negara. “Kita akan terus mengukuhkan status negara bersenjata nuklear sebagai satu haluan yang tidak boleh diubah dan meningkatkan perjuangan secara agresif menentang kuasa musuh,” katanya dalam ucapan dasar pada perhimpunan perundangan di Pyongyang. Jong-un turut menyentuh pelbagai isu, termasuk senjata nuklear, dasar pertahanan, matlamat ekonomi dan…

Read More

AS akan ambil uranium diperkaya Iran

HAMILTON – Washington akan mengambil uranium diperkaya milik Iran jika Amerika Syarikat (AS) mencapai perjanjian dengan negara itu, kata Presiden Donald Trump. “Jika kita mempunyai perjanjian dengan mereka, kita akan ke sana dan kita sendiri akan mengambilnya,” katanya.. Sambil menyatakan bahawa pusingan terbaru rundingan antara Washington dan Tehran berlaku kelmarin, tetapi dinafikan Iran, Trump berkata, Iran sangat mahu mencapai perjanjian dan AS juga mahu mencapai perjanjian. Trump yang bercakap kepada pemberita sebelum berlepas bagi lawatan ke selatan AS menambah “Kami akan berhubung hari ini, mungkin melalui telefon,”. Beliau yang Mendakwa…

Read More