Mafia korporat’ heret sengketa Ramanan, Rafizi

PUTRAJAYA 25 Mac  – Bekas Timbalan Presiden PKR,  Rafizi Ramli akan mendedahkan siapa ‘Mr R’ yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen (MP) PKR yang didakwa meminta ahli perniagaan Victor Chin menyediakan wang tunai RM10 juta bagi menyelesaikan skandal ‘mafia korporat’.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, berdasarkan maklumat oleh Victor, beliau boleh menamakan terus identiti ‘Mr R’ , namun isu yang lebih besar ketika ini adalah dakwaan ahli perniagaan itu membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR.

Beliau mendakwa, disebabkan umum tidak mempunyai akses kepada dokumen 40 muka surat yang dikemukakan Victor berhubung kes itu semalam, ramai yang terkeliru bahawa ‘Mr R’ itu ialah Ahli Parlimen PKR yang menerima rasuah daripada ahli perniagaan berkenaan.

Dakwa Rafizi, dokumen itu memperincikan kronologi bagaimana krisis perebutan NexG Bhd (NexG) bermula, nama yang terbabit dan dakwaan mengenai bagaimana institusi penguatkuasaan disalah guna untuk merampas NexG oleh satu kumpulan yang dinamakan mafia korporat.

“Teka-teki nasional sekarang siapa ‘Mr R’?. Kalau Ahli Parlimen lain boleh scam orang saya ingat saya pun nak cuba scam orang juga. Cuma saya tak scam duitlah, saya nak scam content (kandungan) saja,” katanya.

Menurut Rafizi, ada beberapa orang ahli parlimen PKR yang namanya bermula dengan R termasuk beliau sendiri, Rodziah Ismail, R Yuneswaran dan sudah tentu Ramanan.

“Saya dan YB Rodziah hanya tweet secara berseloroh yang R itu bukan kami.

Ramanan memangil sidang media terus dan kita lihat sendiri emosinya dalam sidang media, semua perkataan keluar – syaitan, fail, coward, Eskimo pun keluar.

Padahal Mr R tidak pun merujuk kepada mana-mana ahli parlimen PKR kerana ia dua perkara yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran video di Facebooknya hari ini.

Menurut Rafizi, sidang media Ramanan yang juga Naib Presiden PKR berlangsung selama 25 minit di mana 10 minit mengenai Victor Chin, dan selebihnya Ramanan didakwa maki Ahli Parlimen Pandan itu..

“Antara lain, dia tuduh saya menggerakkan cyber trooper untuk mengaitkannya sebagai Mr R yang dirujuk oleh Victor Chin, saya seorang menteri yang gagal dan penakut,” kata Rafizi.

Semalam, 24 Mac, Victor Chin menghantar satu dokumen 40 mukasurat dan dokumen-dokumen sokongan.

Dokumen itu memperincikan secara kronologi bagaimana krisis perebutan NexG bermula, nama-nama yang terlibat dan dakwaannya tentang bagaimana institusi penguatkuasaan iaitu PDRM, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa disalahgunakan untuk merampas NexG oleh satu kumpulan yang dipanggil mafia korporat.

Media tidak melaporkan secara terperinci apa yang didakwa, sebaliknya memberikan tumpuan kepada dua isu.

Pertama seorang yang bernama Mr R yang sentiasa berhubung dengan Victor Chin bagi pihak “boss” nya di pihak mafia korporat, yang mengikut Victor Chin, menggunakan agensi penguatkuasa untuk menekan pemegang saham

Kedua, Victor Chin membayar RM9.5 juta kepada seorang Ahli Parlimen PKR dalam bulan Oktober 2025 kerana Ahli Parlimen itu berjanji boleh “kawtim” dan menyelesaikan masalahnya yang ditekan agensi penguat kuasa, termasuk akaun-akaun bank dan saham yang dibekukan

Rafizi berkata, untuk Victor Chin yakin dan membayar sehingga RM9.5 juta untuk menyelesaikan masalah mafia korporat ini kepadanya , ahli parlimen PKR ini mestilah seorang yang kanan dalam PKR dan mempunyai pengaruh besar, akses terus kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Ahli Parlimen itu juga mestilah rapat dan tidak bermusuh dengan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, kerana Victor Chin mendakwa perebutan NexG itu melibatkan dia dan pemegang saham NexG sedia ada di satu pihak, dan satu kumpulan lawan yang melibatkan Farhash.

Kalau ahli parlimen itu ada pengaruh untuk berunding dan menamatkan perebutan NexG ini, dia mestilah rapat dengan Farhash.

“Saya dan YB Rodziah, kedua-dua kami jauh panggang dari api ada dua ciri-ciri ini.

Dalam PKR, semua orang boleh bersetuju yang ada ciri-ciri itu, dari kalangan ahli parlimen, adalah Ramanan.

Tambah pula Ramanan pernah ada kes di Mahkamah Tinggi dalam tahun 2015 dahulu, yang dia diarahkan membayar balik RM5.5 juta kepada seorang pakar sakit jiwa untuk kawtim dengan Kementerian Pertahanan bagi mendapat bayaran dari kerajaan.

Kes tidak serupa, tapi reputasi kawtim itu telah lekat dengan sesetengah netizen.

Terpulanglah kepada Ramanan dan PKR kalau dia masih mahu memaki hamun saya kononnya saya yang mengaitkan beliau dengan dakwaan Victor Chin itu.

Sebenarnya dialah yang perlu meyakinkan netizen dan rakyat, bahawa di sebalik rekod mahkamah yang dia ada, dan kerjaya politiknya yang dibina dengan cepat disebabkan rapatnya dia dengan Perdana Menteri dan Farhash, dia bukan ahli parlimen yang didakwa menerima RM9.5 juta dari Victor Chin.

Jadi siapa sebenarnya yang menerima rasuah dari kalangan ahli parlimen PKR ini?

Bagi saya, mudah sahaja kerana ini hakikatnya – wang RM9.5 juta itu diberikan secara tunai.

Rafizi berkata, hanya ada dua pengakhiran berhubung isu Ahli Parlimen PKR yang didakwa menerima rasuah RM9.5 juta iaitu sama ada wakil rakyat itu dinamakan secara terbuka pada 30 Mac ini atau ia ‘mati’ begitu sahaja.

Katanya, jika isu itu mati begitu sahaja, itu bermakna bahawa ahli parlimen berkenaan telah memulangkan RM9.5 juta itu dengan membayar hutang ahli perniagaan, Victor Chin kepada ah long.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment