Dr Mahathir kembali ke pejabat

PUTRAJAYA 25 Mac – Selagi boleh… tulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Facebooknya beserta rakan video.

Beliau kembali memulakan tugas di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), di sini hari ini, selepas menjalani tempoh pemulihan kesihatan yang panjang sejak awal tahun ini.

Kehadiran negarawan berusia 100 tahun itu disambut kakitangan yayasan serta para pegawainya.

Kepulangan beliau ke pejabat ini menyusuli siri rawatan intensif di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Januari lalu akibat kecederaan tulang pinggul yang dialaminya.

Beliau dilaporkan telah menjalani prosedur pembedahan serta fasa fisioterapi yang rapi sebelum dibenarkan keluar dari hospital bagi meneruskan pemulihan di rumah pada pertengahan Mac.

Related posts

Leave a Comment