Tindakan SPRM, amaran kepada pengusaha

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan penguat kuasa yang disyaki menjadi orang tengah kartel tonto merupakan satu amaran keras kepada pihak berkenaan bahawa mereka sedang diperhatikan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, juga mengingatkan pengusaha-pengusaha lori, yang membayar tonto-tonto untuk mendapatkan maklumat operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang sedang dikenal pasti. “Jangan rasa dan jangan ingat bahawa kita tidak tahu apa yang anda buat, termasuklah pengusaha-pengusaha lori, yang membayar tonto-tonto ini untuk mendapatkan maklumat… mereka juga sedang dikenal pasti,” katanya. Justeru Kementerian Pengangkutan (MOT) menyokong penuh…

Read More

Diesel, RON97, RON95 tanpa subsidi naik 5 sen

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak lima sen kepada RM3.04 seliter, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 26 Februari hingga 4 Mac ini. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MoF) hari ini, bagi tempoh sama harga runcit petrol RON97 turut dinaikkan lima sen kepada RM3.15 seliter, manakala harga petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan lima sen kepada RM2.59 seliter bagi . MoF turut memaklumkan harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter. “Kerajaan akan terus…

Read More

Hargai nikmat keharmonian antara agama

SEPANG 25 Feb. – Isu memijak al-Quran dan isu 3R (agama, raja, kaum) bukan sekadar persoalan undang-undang atau tatatertib institusi, sebaliknya merupakan persoalan akhlak, adab dan tanggungjawab moral yang mesti difahami oleh rakyat Malaysia. Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Prof. Madya Dr Luqman Abdullah menegaskan, dalam sebuah negara majmuk yang dibina atas asas Perlembagaan dan kontrak sosial, keharmonian antara agama dan kaum adalah nikmat yang wajib dipelihara. Justeru PUM meminta pihak berkuasa dan institusi Islam yang berkenaan terus komited mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga perpaduan nasional, memelihara keharmonian antara…

Read More

Radzi susun semula Bersatu Melaka

KUALA LUMPUR 25 Feb . – Naib Presiden Bersatu,  Dr Radzi Md Jidin dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, berkuat kuasa serta-merta bagi menyusun semula struktur kepemimpinan Bahagian-Bahagian parti di negeri itu. Radzi menggantikan  Rahim Thamby Chik yang meletakkan jawatan itu semalam, susulan kemelut politik dalam parti berkenaan. Semalam, sebanyak lima daripada enam bahagian Bersatu di Melaka iaitu Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Tangga Batu, Alor Gajah dan Jasih ‘dibubarkan’ serta-merta selepas hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan tertinggi parti itu. Pembubaran turut membabitkan Jawatankuasa Bahagian, Jawatankuasa Angkatan Bersatu Anak Muda…

Read More

Tun Faisal disaran ‘puasa’ keluar kenyataan

SEPANG 25 Feb. – Ketua Penerangan Bersatu,  Tun Faisal Ismail Aziz disarankan ‘berpuasa’ daripada mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan Perikatan Nasional (PN) yang boleh mengeruhkan keadaan. Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang menyarankan demikian berkata, perkara berkaitan parti sepatutnya diuruskan mengikut saluran dalaman bukannya membuat serangan terbuka. “Saranan saya kepada Ketua Penerangan Bersatu, ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan. Hal dalaman, ikut saluran dalaman, bukan serangan terbuka,” katanya. Menerusi Facebook hari ini, beliau berkata kenyataan Tun Faisal bahawa kelewatan memindahkan ahli Parlimen Bersatu…

Read More

SPRM: DAP terus desak tubuh RCI

KUALA LUMPUR 25 Feb . – DAP akan terus mendesak supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan ‘mafia korporat’ yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh media asing Bloomberg. Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo, berkata walaupun SPRM menyatakan dakwaan itu sebagai tidak berasas, ia masih tidak memadai dan prinsip asas keadilan menegaskan tiada sesiapa pun boleh menjadi hakim bagi menentukan kes sendiri. “Apabila integriti agensi utama pencegahan rasuah negara dipersoal, pengesahan yang dikeluarkan oleh pihak itu sendiri tidak memadai. Ia tanpa sebarang tindakan lanjut, tidak…

Read More

Tiada pertemuan BN, Hamzah

KUALA LUMPUR 25 Feb . – Tiada sebarang pertemuan Barisan Nasional (BN) bersama Ahli Parlimen Larut,  Hamzah Zainudin dan kumpulan pemimpin yang dipecat daripada Bersatu, kata Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abdul Kadir. Beliau juga mengesahkan tidak menerima sebarang permohonan keanggotaan daripada kumpulan pemimpin terbabit mahupun hasrat menyertai ‘Rumah Baharu’ diperkenalkan Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Konsep Rumah Baharu kita terbuka dan tidak mengehadkan pada kumpulan tertentu. Ia terbuka kepada parti politik dan semua kumpulan dan mungkin juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini. “Mereka yang memiliki hasrat, visi dan…

Read More

Stok beras mampu tampung 5.45 bulan

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Stok fizikal beras semasa negara mampu menampung keperluan bagi tempoh 5.45 bulan jika negara dilanda bencana, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu. Beliau berkata stok fizikal beras semasa negara direkodkan sebanyak 1,089,285 tan, merangkumi 200,000 tan stok penimbal beras dan 889,285 tan stok dagangan setakat 3 Februari lalu. Katanya, bagi berdepan sebarang bentuk bencana, KPKM antara lain turut melaksanakan Projek Rintis Penanaman Padi Lima Musim dalam tempoh dua tahun membabitkan kawasan seluas 3,000 hektar secara berperingkat di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda…

Read More

Ada peluang sejarah rundingan Iran-AS

PARIS – Perjanjian  bagi mengelakkan pertembungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat (AS) kini dalam jangkauan, dua hari sebelum rundingan antara kedua-dua musuh itu dijadualkan bersambung di Geneva. Menteri Luar Iran Abbas Araghchi berkata, ada peluang bersejarah untuk mencapai perjanjian luar biasa yang menangani kebimbangan bersama serta memenuhi kepentingan bersama. “Perjanjian itu dalam jangkauan, namun hanya jika diplomasi diberi keutamaan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial menjelang pusingan ketiga rundingan pada Khamis ini di Geneva, Rundingan itu susulan penempatan besar-besaran tentera AS di rantau berkenaan sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta…

Read More