KUALA LUMPUR 28 Feb. – Mohd Rafizi Ramli sudah menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan PKR terhadapnya susulan kenyataannya bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) tetapi bukan atas tiket PKR. Surat bertarikh hari ini iaitu hari terakhir Ahli Parlimen Pandan itu perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut yang bertarikh 23 Februari. Rafizi berkata, temu ramah dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang dirujuk dalam surat itu mempunyai maksud seperti boleh difahami individu dengan penguasaan bahasa Melayu yang baik. “Kenyataan dalam temu ramah berkenaan mempunyai maksud berikut: Saya akan kekal…
Read MoreMonth: February 2026
RUU pemisahan kuasa, had tempoh PM perlu pindaan
SEPANG 28 Feb. – Pembangkang mendesak Kerajaan menambah baik Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) berkaitan pemisahan kuasa antara Pendakwa Raya dan Peguam Negara, serta pengenalan had tempoh jawatan Perdana Menteri. Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin berkata, penambahbaikan itu berasaskan prinsip pemisahan kuasa yang tulen, kebebasan institusi kehakiman dan pendakwaan, serta memelihara budi bicara Yang di-Pertuan Agong sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Hamzah dalam kenyataannya berkata keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Khas Ahli Parlimen Pembangkang pada 26 Februari lalu telah meneliti RUU berkaitan dan berpandangan, Kerajaan hendaklah melakukan pindaan dalam kedua-dua RUU…
Read MoreNotis Kesan Individu bukan hukuman
PUTRAJAYA 28 Feb . – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan Notis Kesan Individu dikeluarkan ke atas empat anak Daim Zainudin, susulan kegagalan mereka memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang diserahkan berkaitan pengisytiharan aset. Menurut SPRM, notis itu dikeluarkan selepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi keempat-empatnya tidak berjaya setakat 26 Februari lalu. “SPRM ingin menegaskan bahawa Notis Kesan Individu bukan satu bentuk hukuman atau Wanted List. Notis itu juga bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak, sebaliknya adalah mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran membantu…
Read MoreDividen KWSP 6.15 peratus
SUNGAI BULOH – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2025 sebanyak 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah dengan jumlah keseluruhan agihan RM79.6 bilion. Pengagihan dividen bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 itu membabitkan RM67.1 bilion bagi Simpanan Konvensional dan RM12.5 bilion bagi Simpanan Shariah. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata pengkreditan dividen bagi Simpanan Konvensional dan Shariah selesai esok dan boleh disemak melalui i-Akaun atau Terminal Layan Diri (SST) KWSP di seluruh negara. Bagi tahun dikaji, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih…
Read MoreTuduhan DUPP tidak bertanggungjawab
SEPANG 28 Feb . – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan menegur mereka yang berstatus ulama membuat tuduhan tidak bertanggungjawab dalam media sosial berhubung isu memijak al-Quran. Beliau mendakwa Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) Mohd Nor Hamzah masih meneruskan tuduhan dan tidak bertabayyun. berhubung isu itu walaupun pada bulan Ramadan. “Walaupun akhbar juga sudah membetulkan laporan kenyataan saya, tetapi masih ada yang berstatus ulama membuat tuduhan tidak bertanggungjawab dalam media sosial,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam. Justeru mengambil sempena ruh Ramadan…
Read MoreBerita pilihan…
Ibadah perjalanan berterusan selepas Ramadan
MAKKAH – Imam Masjidilharam , Sheikh Abdulrahman Al-Sudais, menegaskan ibadah adalah satu perjalanan berterusan yang harus diteruskan walaupun selepas berakhirnya bulan Ramadan. Tegas beliau, Ramadan adalah musim untuk membentuk kesan berpanjangan dan menyucikan jiwa melalui kewarakan, matlamat utama ibadah puasa. Menerusi khutbah Jumaat, Sheikh Al-Sudais menekankan bahawa manfaat sepenuhnya Ramadan terletak pada keupayaan menterjemah nilai-nilainya menjadi sahsiah yang kekal. Beliau menjelaskan bahawa hakikat sebenar puasa dizahirkan menerusi tutur kata yang jujur serta amal soleh. Beliau turut menyeru umat Islam memanfaatkan bulan suci ini untuk memperkukuh ikatan kekeluargaan dan mempromosikan solidariti…
Read MorePenyelesaian tanpa keganasan
KABUL – Afghanistan sentiasa menekankan penyelesaian secara aman dan menggesa pendekatan konstruktif tanpa keganasan bagi menyelesaikan ketegangan sempadan, kata jurucakapnya Zabihullah Mujahid. Menurut Mujahid, pesawat peninjau Pakistan masih beroperasi dalam ruang udara Afghanistan dan jika Pakistan berterusan dengan tindakan agresif, pasukan Emiriyah Islam mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dengan tindakan tegas. Terdahulu pada pagi Jumaat, pesawat Pakistan melancarkan serangan udara di beberapa kawasan di wilayah Afghanistan, mengakibatkan kematian orang awam, menurut pegawai itu. Mujahid berkata dalam operasi tindak balas, 55 anggota tentera Pakistan terbunuh dan beberapa lagi ditawa manakala 13…
Read MoreMedia Hari Ini Sabtu 28.02.2026
Rafizi diberi tempoh jawab isu keluar parti
KOTA BHARU 27 Feb. – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sudah diberi tempoh lima hari untuk memberikan penjelasan rasmi berhubung hasrat sebenarnya. untuk menjawab isu dia dilaporkan mengisytiharkan keluar parti. Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh, berkata surat berkenaan sudah dikeluarkan pada 23 Februari lalu dan bekas Timbalan Presiden PKR itu diberi tempoh masa sehingga esok untuk memberikan penjelasan. Beliau berkata, kenyataan mengenai kemungkinan bekas Menteri Ekonomi itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) serta bayangan untuk keluar parti boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah wujud hasrat untuk meninggalkan parti.…
Read More