Laila Norinda calon tunggal Putra

ALOR GAJAH 30 Okt. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) turut menyertai Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka dengan menampilkan seorang usahawan Laila Norinda Maon, 49 sebagai calon bagi kerusi N07 Gadek.

Anak jati Alor Gajah, kelahiran Gadek itu menerima watikah sebagai calon daripada Presiden Putra Ibrahim Ali pada satu majlis pengisytiharan calon dan ikrar setia di Jalan Gadek dekat sini semalam.

Ibrahim ketika memperkenalkan calon tunggal parti itu pada PRU DUN Melaka berkata, kepemimpinan Putra merestui Laila Norinda bertanding berdasarkan komitmenya terhadap perjuangan parti sejak ditubuhkan pada 2019.

Katanya, sejak ditubuhkan, kesetiaan Laila Norinda terhadap parti tidak dapat disangkal lagi dan kini adalah Ketua Putra Bahagian Alor Gajah serta sebagai Ketua Pergerakan Wiranita Putra.

Laila Norinda mendapat pendidikan awal di Sungai Siput, Lubok Cina Melaka, Sekolah Menengah Masjid Tanah Melaka Tengah serta memiliki Diploma Pengurusan Pelancongan.

Beliau berpengalaman sebagai pengurus jualan dan pemasaran dalam bidang perhotelan, pemasaran hartanah serta dalam bidang keusahawanan .

Menurut Ibrahim, ini kali kedua Laila Norinda menawarkan diri sebagai calon di kawasan itu selepas kali pertama bertanding pada Pilihan Raya Negeri 2021 iaitu pada peringkat awal penubuhan Putra.

“Kali ini Putra lebih bersedia untuk menghadapi pilihan raya ini dan yakin calon yang diketengahkan mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundi-pengundi dan penduduk Gadek,” kata Ibrahim.

Tegasnya calon Putra itu adalah seorang yang fokus kepada kerja dan Putra tidak ragu-ragu dengan keupayaan serta komitmen Laila Norinda yang fokus kepada kerja yang diamanahkan

“Saya ibaratkan Puan Laila sebagai batu permata bagi penduduk Gadek yang jika menang yakin dapat memberi perkhidmatan sepenuh masa kepada rakyat dengan ikhlas, jujur, amanah, tegas dan lantang.

Pilihlah wakil rakyat yang berjiwa besar, berprinsip dan sedia berkhidmat untuk rakyat, bukan menjadi wakil rakyat untuk menggunakan kedudukan merebut projek, bersaing dengan rakyat,” katanya.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment