4,205 kematian di India

NEW DELHI 13 Mei – India hari ini sekali lagi mencatat lebih 4,000 kes kematian akibat Covid-19, dengan catatan 4,205 orang manakala kes jangkitan virus itu kekal di bawah 400,000 buat hari keempat berturut-turut.

Penularan virus itu juga sudah berleluasa di kawasan-kawasan terpencil di mana terdapat kes-kes yang tidak dilaporkan disebabkan kurangnya ujian dijalankan.

Pakar-pakar masih tidak pasti bila jumlah kes akan mencapai tahap kemuncak dan semakin bimbang tentang kadar jangkitan dari varian yang menyebabkan kenaikan kes di India dan yang turut menular di merata dunia.

Menurut data kementerian kesihatan, India mencatat 362,727 kes baru jangkitan dalam tempoh 24 jam, manakala kes kematian melonjak 4,120.

Kenaikan kes jangkitan itu berlaku di samping program vaksinasi yang berjalan lembab, meskipun Perdana Menteri Narendra Modi sudah mengumumkan bahawa vaksinasi akan dibuka kepada semua orang dewasa mulai 1 Mei.

Dua wilayah – Karnataka, yang termasuk hab teknologi Bengaluru dan Maharashtra, yang termasuk Mumbai – sudah mengumumkan bahawa ia akan menggantung sementara vaksinasi bagi warga berusia antara 18 dengan 44 tahun sedang ia mengutamakan mereka yang berusia 45 tahun dan ke atas yang memerlukan dos kedua.

India adalah pengeluar terbesar bagi vaksin, namun ia kini mengalami masalah bekalan rendah sedang permintaan terus tinggi.

Setakat hari ini, 38.2 juta orang atau sekitar 2.8 peratus daripada sekitar 1.35 bilion penduduk, telah mendapat vaksin..

Related posts

Leave a Comment