KOTA BHARU 28 Jan. – Ops Tunggak Kenderaan Thailand yang dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan sebanyak RM5.59 juta dalam tempoh tiga tahuh dengan kutipan tertinggi RM4.2 juta pada tahun lalu. Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan, pada 2023, jumlah kutipan adalah sebanyak RM203,400 sebelum meningkat kepada RM1.1 juta pada 2024. Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata jumlah kutipan ini mencerminkan keberkesanan strategi penguatkuasaan bersepadu, selain tahap pematuhan yang semakin meningkat dalam kalangan pemilik dan pemandu kenderaan asing. Beliau memberitahu, tiga kesalahan utama…
Read MoreDay: January 28, 2026
UEC: KPT, KPM buat keputusan bersama
TANJONG 28 Jan. – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat keputusan bersama berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan mengambil kira keperluan Bahasa Melayu dan Sejarah wajib dipatuhi semua sistem persekolahan di negara ini. Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abdul Kadir, Zambry berkata, pihaknya tidak mahu keputusan dibuat secara berasingan oleh kementerian berbeza tanpa kesepakatan bersama. Justeru, pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati dan bersepadu sebelum sebarang keputusan rasmi diumumkan termasuk melalui perbincangan merentasi Kementerian serta pihak berkepentingan dalam isu berkenaan. “Kita tidak mahu saya buat keputusan lain,…
Read MorePas sangkal mansuh jawatan Pengerusi PN
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Pas menyangkal kenyataan berkenaan pemansuhan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) seperti yang terkandung di dalam surat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang tersebar kepada media hari ini. Presiden Pas Abdul Hadi Awang berkata, pemansuhan jawatan itu tidak pernah dibincangkan dan dipersetujui termasuk dalam pertemuan dengan Muhyiddin pada 16 Januari lalu. Katanya, Pas kekal dengan pendirian jawatan Pengerusi PN hendaklah dikekalkan dan tidak dimansuhkan serta diurus tadbir seperti mana yang diperuntukkan dalam Fasal 8.3(l) Perlembagaan PN. Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, beliau mengambil maklum…
Read MoreLakukan pembaharuan atau turun pangkat – PM
PUTRAJAYA 28 Jan. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi tempoh seminggu kepada pimpinan tertinggi agensi penguat kuasa untuk laksanakan pembaharuan susulan masih wujud kelemahan serius dalam aspek penguatkuasaan. Susulan itu, beliau juga memberi amaran, kepada mereka yang berkenaan untuk bersedia diturunkan pangkat ke jawatan lebih rendah sekiranya gagal menunaikan amanah yang diberikan. Tegas Perdana Menteri, meskipun kerajaan mencatat pelbagai kejayaan dari segi ekonomi dan pemerintahan sepanjang hampir tiga tahun pentadbiran, ruang untuk melakukan penambahbaikan masih luas dan tidak boleh dipandang ringan. Katanya, kejayaan yang dicapai wajar diraikan, tetapi pada masa…
Read MoreLCS 1: Kelewatan bukan disengajakan
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Kelewatan pentauliahan Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) KD Maharajalela dilapor berpunca penghantaran lewat peralatan daripada pengeluar peralatan asal (OEM) bagi pembinaan aset untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin, berkata kelewatan juga disebabkan pelaksanaan semula pemasangan perpaipan dan kabel, susulan teguran pihak berkuasa reka bentuk, iaitu Naval Group bagi memastikan LCS 1 dibuat mengikut spesifikasi ditetapkan. “Kita harus faham, kelewatan ini bukanlah sesuatu yang disengajakan. Ia berpunca daripada soal peralatan. Jadi dalam soal ini, untuk memastikan kelewatan itu benar-benar dapat diuruskan…
Read MoreKD Maharajalela ditauliahkan Disember
KUALA LUMPUR 28 Jan. – Kapal Tempur Pesisir (LCS 1) KD Maharajalela dijangka dapat ditauliahkan pada Disember tahun ini, lewat empat bulan berbanding jadual asalnya pada Ogos, kata Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata, kapal itu akan melakukan ‘sea-going’ atau pelayaran pertamanya hari ini untuk menguji sistem jentera, jana kuasa, sistem pendingin hawa dan sistem ‘propulsion’ (pendorong). Katanya , ia penting sebagai proses permulaan memastikan LCS 1 berkeupayaan untuk belayar di lautan selepas kapal itu memulakan fasa ujian laut di peringkat limbungan sejak 20 Januari lalu. Sementara itu, katanya…
Read MoreBerita pilihan…
Mengembalikan pendidikan anak Gaza
GENEVA – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), memerlukan dana sebanyak AS$86 juta, untuk melaksanakan program pendidikan di Gaza tahun ini, kata jurucakapnya, James Elder. Jumlah itu “lebih kurang sama dengan apa yang dibelanjakan dunia untuk kopi dalam tempoh satu atau dua jam”. Sejak bermulanya perang susulan serangan Hamas ke atas Israel pada Oktober 2023, hampir 90 peratus sekolah di Gaza mengalami kerosakan atau musnah sepenuhnya, manakala lebih 700,000 kanak-kanak tercicir daripada akses pendidikan formal. “Hampir dua setengah tahun serangan terhadap sistem pendidikan di Gaza telah meletakkan keseluruhan satu generasi…
Read MoreBlatter sokong boikot perlawanan di AS
ZURICH – Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter menyokong cadangan supaya penyokong bola sepak memboikot perlawanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), susulan tindakan dan dasar Presiden Donald Trump serta pentadbirannya, baik di dalam mahupun luar negara. Blatter mempersoalkan kesesuaian AS sebagai negara tuan rumah, dengan menyatakan sokongannya terhadap boikot itu menerusi satu hantaran di platform X. AS akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 bersama Kanada dan Mexico, yang dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai ini. Dalam kenyataannya, Blatter menyokong pandangan Mark Pieth, seorang peguam Switzerland…
Read More