UEC: KPT, KPM buat keputusan bersama

TANJONG 28 Jan. – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat keputusan bersama berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan mengambil kira keperluan Bahasa Melayu dan Sejarah wajib dipatuhi semua sistem persekolahan di negara ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dr Zambry Abdul Kadir, Zambry berkata, pihaknya tidak mahu keputusan dibuat secara berasingan oleh kementerian berbeza tanpa kesepakatan bersama.

Justeru, pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati dan bersepadu sebelum sebarang keputusan rasmi diumumkan termasuk melalui perbincangan merentasi Kementerian serta pihak berkepentingan dalam isu berkenaan.

“Kita tidak mahu saya buat keputusan lain, Fadhlina (Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek) mahu buat keputusan lain, biarlah kita buat keputusan bersama-sama setelah diadakan perbincangan dengan pihak berkenaan.

“Sebagai contoh dengan sekolah antarabangsa yang telah pun diadakan dengan pihak sekolah agama, UEC diadakan juga. Jadi kemudian kita duduk, kita akan keluarkan kenyataan,” katanya selepas menghadiri Program KARISMA Pemimpin Muda MADANI Zon Utara 2026 di Universiti Sains Malaysia, di sini.

Zambry menegaskan keperluan kedua-dua mata pelajaran itu bukan hanya terpakai kepada UEC, malah membabitkan semua sistem persekolahan yang tidak berteraskan kurikulum kebangsaan, termasuk sekolah antarabangsa dan agama.

Katanya, pendirian KPT selari dengan penegasan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bahawa kerajaan mahu menyelesaikan isu berkenaan meliputi keseluruhan ekosistem pendidikan dan bukan tertumpu kepada satu kursus atau laluan pendidikan sahaja.

“Apa yang saya sebutkan berkali-kali, ia berkaitan dengan apa yang ditekankan Perdana Menteri ialah penyelesaian menyeluruh merangkumi keseluruhan sistem pendidikan, bukan tertumpu kepada satu kursus sahaja iaitu UEC semata-ma

“Perdana Menteri sebutkan juga ialah sekolah-sekolah antarabangsa dan sekolah-sekolah agama yang tidak mengikut kurikulum nasional,” katanya .

Nnnn

Related posts

Leave a Comment