NEW YORK – Presiden Palestin Mahmoud Abbas menegaskan dasar Israel kini bukan sahaja menjejaskan penyelesaian dua negara, malah mengancam ‘kehidupan dan kewujudan’ rakyat Palestin.
Katanya, dasar itu kini mengancam kehidupan dan kewujudan rakyat Palestin di tanah air mereka.
“Apa yang berlaku di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur bukan kejadian terpencil, sebaliknya satu rancangan penjajahan berniat jahat untuk menyukarkan kehidupan rakyat Palestin di tanah air mereka dan memaksa mereka meninggalkannya,” katanya.
Beliau turut mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menafikan visa kepadanya bagi menghadiri mesyuarat tahunan peringkat tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tindakan ‘menghukum’.
Sebaliknya, beliau merakamkan mesej video yang disiarkan kepada perhimpunan itu di New York.
Abbas berkata, peluasan penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki bertujuan memisahkan bahagian utara Tebing Barat daripada bahagian selatan, mengasingkan Baitulmuqaddis Timur daripada kawasan sekitarnya yang didiami rakyat Palestin.
“Ini secara langsung menghalang pembentukan sebuah negara Palestin yang bersambung dari segi geografi. Ini memerlukan campur tangan segera dan bertanggungjawab Majlis Keselamatan PBB (UNSC),” katanya.
