44 korban kebakaran pangsapuri

HONG KONG – Sekurang-kurangnya 44 orang terkorban dan puluhan mangsa sedang dirawat di hospital dalam kebakaran yang memusnahkan tujuh blok pangsapuri di Wang Fuk Court, Daerah Tai Po, petang semalam, Rabu. Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 300 individu lagi masih hilang. Ketua Eksekutif Hong Kong, John Lee berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran, yang disifatkan luar biasa kerana merebak dengan pantas. Tambah Lee, kompleks kediaman bertingkat tinggi itu sedang menjalani kerja pengubahsuaian ketika kebakaran berlaku dan dikelilingi perancah buluh (struktur sementara). Ratusan penduduk telah dipindahkan ke pusat perlindungan…

Read More

Lebih setengah juta terjejas akibat taun

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan, wabak taun menjejaskan lebih setengah juta orang tahun ini, yang menunjukkan trend ketara tetapi tidak sekata antara wilayah. Menurut laporan berbilang negara itu,dari 1 Januari hingga 26 Oktober 2025, sebanyak 565,404 kes taun dan 7,074 kematian direkodkan di 32 negara di lima wilayah WHO. Wilayah Mediterranean Timur merekodkan jumlah kes tertinggi, diikuti oleh Afrika, Asia Tenggara, Amerika dan Pasifik Barat manakala tiada kes dilaporkan di wilayah Eropah sepanjang tempoh berkenaan. Data menunjukkan peningkatan ketara dalam trajektori global wabak itu pada Oktober. Sepanjang bulan…

Read More

Rasuah: 24 warga PDRM dipecat

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah memberitahu Dewan Rakyat, seramai 24 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipecat kerana kesalahan rasuah dalam tempoh tiga tahun lalu. Beliau memberitahu, pemecatan itu dibuat antara Januari 2023 hingga Oktober 2025, yang menggambarkan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh integriti dalam PDRM. “Lapan orang dibuang kerja pada 2023, diikuti empat pada 2024, manakala 12 dipecat antara Januari hingga Oktober tahun ini,” katanya pada penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi KDN hari ini. Shamsul Anuar, berkata kementerian…

Read More

SPRM akan panggil Albert Tei, Shamsul

SEPANG 26 Nov. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan pemberian rasuah oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Albert Tei kepada bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata pihaknya akan memanggil individu yang membuat dakwaan berkenaan iaitu Albert Tei serta individu yang dinamakan dalam dakwaan itu dalam masa terdekat untuk memberi keterangan. “SPRM akan memanggil pihak yang membuat tohmahan berkenaan iaitu Albert Tei serta pihak yang ditohmah iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi…

Read More

Putra tuntut kerajaan ambil 5 tindakan

SEPANG 26 Nov. –  -Parti Bumiputera Perkasa (Putra) mendesak kerajaan mengambil lima tindakan segera berhubung pendedahan yang didakwa rasuah melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif  berkata, dakwaan yang dilaporkan secara terbuka melalui media sosial bukan sekadar isu rasuah sebaliknya menyentuh soal amanah, tadbir urus, integriti, dan maruah pentadbiran. “Jangan biarkan slogan Madani menjadi perisai kerakusan kuasa dan permainan politik yang mencemarkan nama baik negara. Rakyat berhak tahu: siapa mengatur, siapa menerima, dan siapa…

Read More

SPRM bebas siasat Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau selama ini. Perdana Menteri pada masa yang sama juga menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas menjalankan siasatan tanpa sebarang campur tangan luar berhubung tuduhan terhadap bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu. “Saya menerima peletakan jawatan Setiausaha Politik Kanan, saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau,” kata Perdana Menteri melalui satu kenyataan, hari ini. Berhubung tuduhan yang timbul, Anwar menegaskan…

Read More

Wirawati tuntut ketelusan kos RM1.25b

KUALA LUMPUR  26 Nov. – Wirawati Parti Bumiputera Perkasa (Putra) menuntut kerajaan melaporkan secara terperinci kos projek talian kecemasan Next Generation 999 (NG999) yang menelan belanja sebanyak RM1.25 bilion. Ketuanya, Nurhafizah Jamalludin berkata, laporan itu hebdalah meliputi pelbagai aspek termasuk pengoperasian, laporan tahunan atau audit prestasi, pelan penambahbaikan sistem kecemasan bertaraf global dan audit bebas Parlimen. “Projek ini sepatutnya menjadi tulang belakang keselamatan negara, namun sehingga hari ini, kerajaan masih gagal memberikan penjelasan penuh dan meyakinkan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, walaupun kerajaan telah menjelaskan bahawa angka RM1.25 bilion…

Read More