JAKARTA – Bagi mencegah penularan penyakit rabies, pihak berkuasa Jakarta mengharamkan penjualan dan pengambilan daging anjing, kucing, dan kelawar untuk tujuan makanan. Gabenor Jakarta, Pramono Anung dalam kenyataan di media sosial, berkata beliau sudah menandatangani peraturan yang melarang penjualan haiwan pembawa penyakit rabies itu. Beliau berkata, larangan itu terpakai kepada ‘haiwan hidup, daging, atau produk lain, sama ada mentah atau diproses’ dan melarang sebarang ‘aktiviti berkaitan… haiwan pembawa rabies yang bertujuan untuk makanan’. Rabies atau Hydrophobia ialah sejenis penyakit virus yang sangat serius dan boleh membawa maut yang menyerang sistem…
Read MoreMonth: November 2025
Kos bangun semula Gaza AS$70 bilion
GENEVA – Usaha membangunkan semula kemusnahan akibat perang Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza memerlukan kos lebih AS$70 bilion (RM289 bilion), demikian menurut laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD). Laporan itu juga menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Palestin pada akhir tahun lalu kembali ke paras 2003, pada paras AS$161 (kira-kira RM755) — antara yang terendah di peringkat global, sekali gus menghapuskan 22 tahun kemajuan pembangunan KDNK per kapitanya. Ekonomi Semenanjung Gaza dilaporkan merudum sebanyak 87 peratus sepanjang 2023-204, sekali gus menghapuskan kemajuan pembangunan yang…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 26.11.2025
Hulu Langat, Pendang diarah keluar Dewan
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Dua Ahli Parlimen PH dan PN diarah keluar daripada Dewan Rakyat selama setengah jam selepas mereka bertengkar dan saling menuding jari mengenai kenyataan fitnah. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau mengarahkan Awang Hashim (PN-Pendang) dan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) keluar Dewan selepas kedua-duanya terus bertikam lidah berhubung isu itu. Semuanya bermula apabila Mohd Sany bangun mencelah ketika sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Mohd Sany mencelah perbahasan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai), dengan bertanya sama…
Read More92.5 peratus keluar mengundi awal
KOTA KINABALU 25 Nov. – Sebanyak 92.5 peratus atau seramai 17,615 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, polis serta Polis Pasukan Gerakan Am dan pasangan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 hari ini. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 58 Pusat Mengundi Awal dibuka mulai pukul 8 pagi dan ditutup pukul 5 petang. Sebelum ini, SPR memaklumkan seramai 8,347 anggota tentera berserta pasangan masing-masing, dan 10,696 anggota polis termasuk daripada Pasukan Gerakan Am berserta pasangan mereka, layak mengundi awal pada PRN kali ini.…
Read MoreShamsul letak jawatan Setpol Kanan PM
PUTRAJAYA 25 Nov. – Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri. Beliau memaklumkan perkara itu menerusi hantaran ringkas di platform X hari ini dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar Ibrahim. Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas difahamkan terdapat percubaan untuk menyerangnya yang boleh merosakkan imej Kerajaan Madani. “Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani. Justeru, saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini. “Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan…
Read MoreMB kekal, tiada rombakan Exco
SHAH ALAM 25 Nov. – Menteri Besar, Amirudin Shari menegaskan beliau akan kekal menerajui kepemimpinan negeri itu sehingga penggal pentadbiran tamat dan, tiada rombakan barisan Exco akan dilaksanakan dalam tempoh berkenaan. Beliau berkata dengan berbaki setahun untuk menamatkan penggal yang ada ini, rombakan Exco memerlukan masa. “Setakat ini tidak ada lagi idea atau sebarang bayangan untuk itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025-2035 di Foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini. Amirudin juga menjelaskan, nama Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang disebut…
Read MoreBerita pilihan…
Dana Arab, Islam biaya projek
RAMALLAH – Lebih 210 projek pembangunan di Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur, Gaza serta kem pelarian Palestin di Lubnan dibiayai dana Arab dan Islam dengan jumlah keseluruhan bernilai AS$72 juta, Perdana Menteri Palestin Mohammad Mustafa mengumumkan demikian pada majlis menandatangani perjanjian pelaksanaan projek berkenaan yang disaksikan beliau di pejabatnya di sini. Projek-projek itu merangkumi sektor yang paling memerlukan termasuk pendidikan, tadbir urus tempatan, latihan vokasional, kesihatan, pemerkasaan ekonomi, pembangunan komuniti dan kawasan luar bandar. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Dana Al-Aqsa yang diuruskan oleh Bank Pembangunan Islam menyediakan AS$32.7 juta,…
Read MoreSituasi kemanusiaan amat kritikal
RAMALLAH – Situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza kekal amat kritikal walaupun gencatan senjata berkuat kuasa, lapor Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Menurut UNRWA, Israel menghalang kemasukan kakitangannya dari luar negara dan mengehadkan penghantaran bantuan, menyebabkan kira-kira 6,000 trak makanan terkandas di kawasan lintasan. Dalam satu kenyataan, agensi itu mengesahkan bahawa lebih 90 peratus penduduk Gaza bergantung sepenuhnya kepada bantuan, dengan ramai hanya menerima satu hidangan setiap 24 jam. Purata 170 trak memasuki Gaza setiap hari, jumlah yang jauh di bawah keperluan minimum…
Read More